cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Sunday, December 18

kawen?

Persepsi orang tentang kahwin.......
Nak kahwin je mesti perkara pertama yang ditanya adalah tentang $$$$$. Ye, memang wang penting. Tapi rasanya banyak benda lain lagi yang aku rasa lebih penting daripada duit@wang. Susah nak cari soulmate yang betul2 boleh memahami hati kita dan nak terima kerjaya, perangai dan kerenah kita,,,
3 tahun aku cube 'tolak' 'tarik' A,B,C,D......
cube membuka pintu hati tapi xjadik jugak
senang orang ckp...amik org yang sayang kita walau kita xsayang org tu...pehhh...mmg susah abes..xbole langsung...xde chemistry...
Jadik if we hav found our soulmate now...y not??
Dalam Islam, hanya ada lima rukun nikah. Tak perlulah kita nak tambah yang ke-6 pulak, iaitu 'banyak duit baru boleh kawen'. Patutnya orang ramai patut lebih banyak bertanya macam ni, "ko ni nak kawen, dah cukup ke iman di dada?" hehehe. Obviously tak berapa nak cukup, tapi dalam proses yang giat untuk mencukupkannya.
I quote from sumbody..." duit kita boleh carimate, soul sejati cukuplah hanya satu!"
Akhir kata, Tepuk dada, tanya iman!

Thursday, December 15

kau yang bernama....part 5

alhamdulillah....bnyk liku2 telah dilalui...
walau diri masih belum yakin akan terhapuskah '5%' itu...
aku belajar menerima...
patah dialog 'ombak rindu' ....redha ke pasarah?? redha dengan rela pasrah kerana terpkasa...
huhu...

diri mula betah meladeni hidup dengan kehadiran dia sebagai insan yang disayangi...
belajar sedikit demi sedikit menerima kelebihan dan kekurangan dia...
dan ku harap begitu jua dgnnya....
walau terkadang makan hati jugak bila terasa bagai disisihkan
tapi bila pk2 aku mesti berperasaan mcm tu bile aku 'period'...start la nak sensitif2 ni...huhu...
syukur dia terima...tp xtau laa setakat mane...selama mana dia mahu bertahan...
doa ku panjatkan...
agar berkekalan...

teman yang kusayangi..
terima kasih kerana 'memamah' peristiwa yang lalu...
terima kasih kerana mengerti bahawa kasih dan cinta takkan berdiri andai sendiri...
terima kasih kerana terus berada di sampingku...
sungguh budi mu akan ku kenang hingga akhir hayat...

buat insan yang tahu siapa dirimu...
ingatkah kau dahulu...
bicara mu dahulu.....
hatimu kini terkunci oleh seseorang...
dan kuncinya ada padaku...
lalu kau meminta keizinan untuk memiliki kunci itu....

jawapan ku cuma satu...
andai kunci ini kau perolehi..
hargailah ia...
peliharalah ia...jangan dibiarkan berkarat...jangan ditinggalkan kunci bersendiri tanpa pintunya...
jangan biar kunci terpatah...
kerana andai terpatah...tidak mungkin ada penduanya...

...........sungguh kini aku sayang kamu...MNMN..

Saturday, December 10

kau yang bernama ... 4

akhirnya...setelah pelbagai yang dilalui..
pelbagai yang dipendam...
kau berani berkeputusan
aku nekad membuka bicara..
sebelum yang lain berkata adalah lebih baik aku memulakannya..
kerana andai ia dtg bukan dariku nescaya ku kira luka itu bagai disiram api yang menyala...
aku pernah lalui, maka aku tak mahu dia melaluinya
tidak ku mahu membina kebahagiaan atas kelukaab insan lain
benar dunia ini penuh dengan ketidakadilan tetapi bukan hak ku meletakkan kedukaan buat si dia...

Pabila ku luahkan ternyata bukan semudah yang ku sangkakan
Memang telah kuduga pasti hati ku jua akan terguris..
namun xkuduga begitu hebatnye getaran di hati...
sebermula aku membuka bicara si dia seakan tergamam
terdiam bagai mahu menutup bisikan hatinya...
namun ketahuilah wahai teman lenggok dan gaya bahasa tubuhmu terlebih dahulu ku baca...

tak terniat menggores hatimu atau istilahnya merampas...
namun ini kehendak hati..
ku tak bisa menolak bicara hati kami...
hatiku bagai dihiri tika kau berkata...'kau terlebih dahulu.....'
maka di sini akukah perampasnya?
aku kah perosak segalanya
akukah yang telah mencuri limelightnya???

namun bukan aku yang memulakan segalanya
dia tega bermain dengan api ketika di mata kita ade percikan itu...
lalu mengapa diri ini terbeban??
namun sungguh aku tak rela membiarkan si dia menemuimu teman..
merungkai segalanya...
kerana ku terlalu takut..
kerana entah mengapa '5%' itu terlalu besarnya nilainya buat ku
ku bagaikan takut dengan bayang-bayang sendiri
dan itu jua yang sentiasa bermain di minda ku saban hari...

walau kini kau menidakkannya
hatiku tak dapat membohongi akalku..
gegendang ku tak bisa menghakis getaran suaramu ketika melagukan kata-kata itu...
walau kau berkata...andai diundur masa...
ketahuilah wahai sang kekasih bicara yang pertama sentiasa lahir dari hati yang jujur dan ikhlas..
maka sukar untuk ku menerima sebulat-bulatnya....

namun mana bisa aku menjadi terlalu tamak mahu meiliki 100%???
syukur ape yang ada kini...
biar waktu penentu segala..
andai kita lebih mengenali  kau merasakan ku tak layak...
kau mahu berpatah kembali...
aku pasrah...
walau dalam sendu...

Friday, December 9

kau yang bernama...part 3

aku menulis lg...lambat betul nak abis citer pasal budak ni...
bukan xnak menulis...setiap kali menulis kena amik feel dulu...lgpun skrg ni asyik kursus, kursus,kursus...xde mase nak dok menempel kat dpn laptop ni untuk menaip...

lagi 5 hira genap 4 bulan aku berada di bumi mersing ni...
banyak pahit manis dan jatuh bangun yg dilalui...

begitu juga dengan titik noktah antara aku dan dia..
pengakhiran yang aku harapkan lebih baik..
setelah bnyk konflik yang berlaku...
aku fikirkan semasak2nya...
ku renung2kan...

aku hanyalah hawa ciptaanNya...
bukan fitrah ku menanti dan mengharap pada dia yang sendiri tak berkeputusan..
andai diri ini sesak memikirkan penghujungnya mendengar bicara dia bertambah menyesakkan mindaku...
melihat insan yang mula kukira ku sayangi berkelana hati lagi terasa gundahnya...
andai kau tak bisa berkeputusan...biar sahaja aku meletak titik noktahnya...

kebetulan pula aku tiada di sana
percutiaan yang secara fizikalnya merehatkan diri namun penum dengan badai emosi
ku putuskan padanya...
fikirlah sematangnya...
beri peluang pada si dia yang mungkin mereka rasa lebih sesuai buat dirimu...
sekurang2nya kelak kau xkan menyesal...

disaat aku dah bersedia angkat kaki...
kau pula seolah enggan melepasku pergi namun enggan memberikan si dia kepastian
mahu kukatakan bagaimana baharu kau mengerti...
aku sangat takut menyakiti hati seorang teman...seorang sahabat...
terkadang diri rasa bahagia dan terbuai oleh kata dan tindakanmu
Namun sekejapan sahaja terluka melihat caramu meladeninya...caramu seolah cuba 'menguruskan' keadaan kami...

walau cuba ku pujuk hati kecil ini nyata aku jua manusia biasa
sukar mengubati hati yang tergores..
aku kau pinta bersabar sedangkan hati yang sentiasa kau utamakan adalah si dia...
jadi dimana letaknya diri ini?
siapa sebenranye aku di mata mu
adakah ini harganya yang perlu kubayar kerana kau memilihku...
sungguh ini lebih pedih...

dimatamu jua aku kelihatan 'lemah'
sering kau titipkan dibibirmu si dia bisa menerima kenyataannya
lalu adakah aku tidak bisa??
jangan terlalu yakin...
aku lebih mengenalinya...lalu tingkahnya kini lebih meresahkan ku...
dan aku letih menjadi yang kedua walau di bibirmu kau tuturkan aku pilihan utama...
tapi sejujurnya tingkahmu tak seiring....

namun dikala itu ku sedar...aku xpunya hak untuk bersara..
tak punya sebab mengapa perlu aku menuntut berlebihan...
biarlah kau dengan rentakmu..
sejujurnya dr hatiku dapat ku rasakan...kau cuba meyakinkan ku namun kau seolah belum pasti dengan keputusanmu...

di kala itu aku tertanya2
andai diri begitu tekad bertemu orang tuaku mengapa langkah mu seakan canggung??
jangan terlalu tamak wahai pujangga...
andai aku ditakdirkan untukMu pasti akan ada jalan itu..
 
Cute Light Pink Flying Butterfly