cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Friday, March 27


diz luvly pic dedicated all my dear bff in tigs and tlc....

dah lama aku tak menulis di blog ini..ari ni walaupun sebok mengulangkaji common paediatric case aku tak dapat menahan diri untuk menulis pe yang telah sekian lama terbuku di hatiku ini...perasaan yang dibendung, cube diselindungi tidak mampu bertahan lagi...aku sangkakan diri ini kuat untuk melaluinya tapi ternyata aku tak dikurniakan bakat untuk melakonkn watak dengan sempurna...

kira2 sebulan lalu..seorang hamba Allah, menemui aku...tika itu kurasakan sesak ruang bilik yang besar ini..terasa bagai tiada ruang untuk ku berlari..menerima kehadirannya seolah menjerat diri sendiri.entah mengapa hati berdetik, luka yang sedang pulih pasti akan berdarah kembali...aku terpempan tika soalan pertama yang keluar dari bibir mungilnya bertanyakan mengapa aku menghempas daun pintu bilikku..aduhai, ya Tuhan..mindaku mula terfikir2..bila ya..bila ditanya dia berkata ketika die melewati kamarku untuk keluar...Demi Tuhan..aku tak berniat dan aku tak perasan langsung..itu jawapanku..dari riak mukanya aku yakin dia tak berpuas hati...di dalam hati aku mengeluh...megapa ini yang diungkit..ku akui...suatu ketika dulu andai tak berpuas hati tabiat menghempas pintu memang menjadi pilihan ku untuk mengekspress ape yang terbuku di ruang hati...namun setelah ditegur aku mula berubah...dan tidak sekali aku mengulanginya kini...hakikatnya bilik baruku ini begitu ketat pintunya especially bila dikunci dari dalam...tabahlah hati! ternyata aku manusia yang hina...di dalam hati sempat ku berkata...setiap hari ku rasakan kau yang sering menghempas pintu rumah..toilet... tp xterkeluar dr mulutku..mereka yang membaca nukilan hati ku ini pasti akan berkata aku ini bagai menuding jari kepadanya...namun bukan itu niatku...3 minggu yang lalu...aku terkejut ketika dikhabarkan seorang teman bahawa tombol pintu umah kami yang kukuh tercabut dari daun pintu ketika dia menghempas pintu...tak apalah, benda dah terjadi..apa nak dibuat..aku pasrah..namun tercetus juga amarah ku kerana sikap sambil lewa si pesalah...sudahlah telah tersalah nombor rumah ketika membuat aduan...kejadian itu di pandang enteng saja olehnya..ialah..kalo tak berkunci pun bukan die punya hal..apa taknya..peti sejuk di luar tu milik ku..peti televisyen pulak milik teman ku..tapi hari tu sebok dok mengaku dia warga rumah ni jugak..betul kate seorang teman ku..dia ibarat ular..cakap berbelit2...penyudahnya..tangan ku terluka dek kerana membetulkan pintu..hampeh btul!

apa yang terjadi bole ku simpan di dalam hati...namun kepedihan yang dilalui bukan terlalu mudah untuk ditelan..ingin aku bertanya kepada kalian..seandainya seorang teman yang rapat..teman belajar..makan bersama..berkongsi cerita bersama...tiba-tiba sewenangnya berkata...hanya menganggap dirimu sebagai teman biasa sahaja dan bukan akrab seperti temannya yang lain...ape perasaan kalian?? terpinga2 aku berfikir..inikah ertinya seorang teman buat diri hamba Allah ini?? cukup 3 kali dia mengulangi kata-katanya..gugur satu persatu air mataku..gugur kerana aku melepaskan insan yang paling aku sayangi sebagai sahabat kepadanya untuk kebahagiaan sahabatku namun sahabatku dianggap sedemikian...terlalu pedih..malah sinis saja dia berkata..aku tahu kau memang sayang xxxx mcm adik beradik..aku pun tak sayang dia mcm tu..dan bait yang seterusnya...jangan risau..bab kasih sayang kau memang menang...berdesing telinga ku mendengarnya..andai diturutkan hatiku pasti saja hilang segala kesabaranku..wahai insan..permainan apa kau cuba lakonkan?? kewujudan ku disini..di ruang bilik ini ku kira sudah kira sebagai tanda berdamai..aku letih untuk bertanding...aku letih untuk terus menyakiti dan melukai insan2 lain yang ku sayang...aku tak kisahkan insan sekeliling yang berkata..walau ada masanya ingin aku mengatakan kebenarannya apabila ada suara2 yang bertanya perubahan ku dan temanku...di mata umum, aku yang mengundang kemelut ini...ku biarkan sahaja..hakikatnya Tuhan lebih mengerti...

dan satu demi satu pertanyaan dibalasi dengan jawapan yang ku kira kesemuanya ingin kau miliki trofinya...mahu ku kata apa lagi..mungkin memang karakter semulajadinya..stubborn..peristiwa malam itu meninggalkan kesan mendalam buat diriku..seminggu aku terpaksa bertapak semula..bertatih membangunkan semangat diri..berat sungguh ujian Illahi...lepas satu demi satu ujian ku terima..malah tidak satu pun dapat ku selesaikan lagi...rakan taulan ada memberi nasihat memaafkan dirinya dan melupakan segalanya..aku cube namun bertahan hanya seminggu dua...mana mungkin aku mampu bertahan melihat lakonan palsunya..manis bersahaja senyumannya di hadapan si pria idaman walhal di rumah...wallahualam...

sepanjang mengharungi hidup 23 tahun ini belum pernah aku menjumpai insan sebegini...ya Allah mohon dijauhkan aku darinya...biarlah sekali ini sahaja...baru kali ini aku mngerti situasinya mereka yang pernah 'terbelit' olehnya...bukan seorang dua...huhu....kepada Illahi aku sentiasa bermohon agar dipelihara hati ini...memaafkan mungkin tapi bukan menerima dan melupakan...dia merampas segalanya...!!!!! dan kerana itu suatu ketika nanti aku pasti akan meninggalkan sepenuhnya mereka yang bersamanya.....pedih..memang pedih...namun ibu pernah berkata...insan seperti itu tidak ikhlas berkawan...biarlah dia..usah dipeduli...
namun dapat ku simpulkan...betapa di dalam dunia ini besar kekuasaan Illahi menjadikan manusia pelbagai rupa dan ragam...dan hari ini aku mula menyedari bahawa tidak semua insan bersatu dalam erti SAYANG dan TEMAN...

bagai cermin berkata..

oh bulan....
enggan layan diriku lagi....
pabila,air mata membasahi pipi...
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku....
pabila,kau bersama yg lain...
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta...
yang masih bersemadi untukmu...
dan sebenarya ku mengharapkan...
di sebalik senyuman mu itu...
kau juga merindui aku...
ku enggan berpura pura ku bahagia...
ku enggan melihat kau bersama si dia...
oh ku akui cemburu....
telah menular dalam diri....
pabila....kau bersama yang lain....
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta......
yang masih bersemadi untukmu....
dan sebenarya ku mengharapkan....
di sebalik senyuman mu itu....
kau juga merindui aku.....
pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi....
di saat kau benar-benar mahu pergi.....
seperti ku bernafas dalam air.....
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta.....
yang masih bersemadi untukmu....
dan sebenarya ku mengharapkan.....
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku....

bait-bait lagu ini bagai cermin berkata dengan diriku...mencarik2 stiap ruang hati ini..aku pun xtau..soalan yang aku enggan cari jawapannya kerana aku pasti x akan menemuinya..thanx to poda 4 introducing me diz song..
 
Cute Light Pink Flying Butterfly