cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Sunday, April 5

Alhamdulillah..tahniah diucapkan buat 58 pelajar tahun akhir fakulti perubatan UiTM Shah Alam...segala penat lelah, usaha dan tawakal kini terbalas sudah..pengakhiran yang terlalu indah dan terlalu besar pengertiannya buat setiap insan...berkat kesungguhan para pensyarah mencurahkan ilmu...biar pun kadang kala kesabaran tercabar..berkat doa ibubapa di rumah akhirnya semua berakhir dengan sempurna...aku tidak akan dapat melupakan detik ini sepanjang hidup ku ini...detik paling manis....

3 April 2009
Seawal 10 pagi kami bergerak dari rumah menuju ke hospital kerana keputusan dijangka diumumkan jam 11 pagi...di kala itu di dalam diri kami, tiada ungkapan yang boleh digambarkan..terlalu takut, gemuruh, resah dan gelisah..namun bibir masih mampu tersnyum..cuba menyembunyikan gelojak di hati..afta all, prof normalina pernah berkata - u all shud take acting class...so skrg acting la...hehe (",)
namun, tiba di hospital suasana lebih murung...semuanya kelihatan begitu gelisah..mula terdengar pelbagai berita...di kiri mengatakan ada seorang yang gagal...di kanan pula mengatakan perempuan yang gagal...aku mengambil jalan untuk keluar dari library..walau beraircond dan kebiasaannya tempat ini dingin buat ku namun entah mengapa hari ini panas kurasakan...udara yang selalunya nyaman terasa menyesakkan..semakin ramai yang ku temui..termasuklah para pensyarah preklinikal..bertambah terseksa perasaan ini...aku kembali duduk bersama rakan taulan yang membaca al-quran dan tafsir...bersama-sam kami damaikan hati..mengharapkan yang terbaik buat semua...amin!.... kira- kira jam 12 tgh hari kami dipanggil masuk ke dewan kuliah....tika itu aku baru sahaja selesai mengalas perut dengan roti sosej..abd epul masuk dan berkata..jemput masuk bakal-bakal doktor...jantung semakin laju berdegup...rasanya kalah atlit yang berlari 200meter..huhu...kami berbaris dan mula melangkah masuk ke dalam dewan kuliah yang telah dipenuhi oleh para pensyarah...para pendidik sedari tahun 1 hingga ke tahun 5..di kala itu, tidak aku mampu untuk mengangkat muka melihat wajah mereka...kaki ku susun melangkah ke sudut atas dengan pandangan mata yang terpaku di lantai...kami duduk bersama-sama..di kananku ayuni...tangan digengganm erat..seolah memberi kekuatan antara satu sama lain..kelihatan dekan fakulti perubatan, dato' khalid yusof bangkit dari duduknya...lalu berkata...'semua ada di sini? ok...hari ini setelah mesyuarat bersama para pensyarah...fakulti akan mengisytiharkan keputusan professional examination 3 tahun 2009...it is a brilliant passing rate..feed back from external examiners ada improvement tahun ini...prestasi yang bagus dan diharapkan the next batch akan melakukan yang bertambah baik...dan seterusnya satu-persatu nama disbut...tepukan demi tepukan kedengaran...nyata aku semakin tidak mampu bersabar menanti namaku disebut..dan akhirnya - SITI NUR AISHAH BT JALIL :PASS WITH GRADE B..alhamdulillah...syukur aku ke hadrat Illahi...aku dan ayuni berpelukan dan airmata kegembiraan gugur jua akhirnya...lebih membanggakan kerana 3 orang teman ku memperoleh distinction in respective fields...tahniah diucapkan buat semua batch ke 2 uitm :2004-2009...u've made it thru...sebelum berakhirnya perhimpunan tengah hari itu wakil batch - Hazim meberikan sepatah dua kata...ucapan terima kasih yang tak terhingga buat para pensyarah...hoorey!!! Bersurainya perhimpunan itu menyaksikan gugurnya air mata kegembiraan ku...aku mendapatkan para pensyarah untuk berkongsi kegembiraan dan menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga...banyak yang telah ku perolehi dari mereka...banyak yang telah mereka korbankan buat anak bangsa...dr effa...dr eng...dr anis yang erat pelukannya, terima kasih doctor.....prof normalina...di kala itu makin lebat air mata ini...aku tersenyum bila prof normalina berkata...'aisyah, tengok..saya dh kata..mesti lulus..satu soalan je hari tu silap nak takut dan nangis..sekarang dah lulus pun nangis lagi...adoiii..'huhu...terima kasih prof...aku menghampiri prof hamim...walau tiada apa yang ku katakan aku yakin dia mengerti...die tersenyum dan mengucapkan tahniah ..namun sebelum berlalu sempat berkata..ingat pesanan saya...(",)...insyaAllah...jawabku di dalam hati...aku menyalami dan memeluk insan yang paling aku geruni suatu ketika dahulu...insan yang kata-katanya begitu tajam...insan yang paling ku segani kerana kebijaksanaannya, ketegasannya...namun insan inilah yang paling aku sayangi dan sanjungi...baru kini aku mengerti segala apa yang dilakukannya dahulu hanyalah untuk membentuk diri kami hari ini...'minta maaf prof...terima kasih atas segala herdikan dan teguran, amarah prof kepada saya..banyak yang sy belajar dari prof....' itu kata-kata yang ku bisikkan ke telinganya apabila erat pelukannya terasa....tersnyum aku bila prof berkata..'maaf juga ya aishah saya marah-marah kamu...marah terlebih-lebih..'sesungguhnya kau tidak perlu berkata sebegitu wahai guruku...ingin ku bertemu pensyarah-pensyarah yang lain namun tidak berkesempatan kerana semuanya berkejaran dengan urusan masing-masing memandangkan hari itu adalah hari jumaat..ucapan terima kasih juga tak lupa ku berikan kepada abang epul...dia ibarat seorang abang yang melindungi dan membri tunjuk ajar kepada ku....terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga kerja fakulti perubatan... Tengah hari yang penuh dengan kegembiraan itu kami akhiri dengan jamuan makan tengah hari di pizza hut bersama prof dato' dr raja khuzaiyah....bagai bermimpi dapat memeluk prof dan kini di belanja makan tengah hari...di sebalik ketegasan mu guru tersembunyi kasih-sayang buat kami....
 
Cute Light Pink Flying Butterfly