cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Wednesday, April 1

Hari ni seharian aku duduk di rumah..menyaksikan gelagat teman2 yang resah gelisah menunggu hari peperiksaan...melihat mereka aku teringat kembali apa yang ku alami semalam...lebih dahsyat rasanya...tak dapat aku gambarkan perasaan kami semua semalam...seawal 7 pagi telah dikuarantin dan peperiksaan hanya bermula kira2 jam 9 pagi...semasa kami diiring naik ke wad examination, setiap degupan jantung bagai nak terkeluar rasanya...segalanya mula bercelaru..tiba di atas,berderetan masters of medicine menunggu...semua warga fakulti perubatan uitm sedang menanti kehadiran kami..para pemeriksa dan para pensyarah sedang bersarapan di koridor berhampiran..tatkala kami berlalu, semua mata tertumpu ke arah 5 pelajar yang diiring oleh 7 orang petugas yang dedikasi..aku hanya mampu menundukkan pandangan mata...tak sanggup untuk merenung anak-anak mata guru-guruku...terlalu tinggi harapan yang diletakkan..di kiri kanan telinga mula dihujani ucapan maju jaya...ucapan selamat...pengharapan yang membuat hati bertambah sayu...tiba dihadapan pintu masuk wad, aku mengangkat muka..sekilas aku terpandang wajah prof hamim..sejuk rasanya hati...berbaur sayu..melihat kali kedua kehadirannya sepanjang tempoh kami menjalani peperiksaan...tambahan pula wajahnya persis ayahandaku...syahdu terasa..ku larikan pandangan mata dan terpandang pula wajah kak siti hasnah...die tersenyum dan gerak bibirnya ku baca...'gud luck'...senyumlah...yakin boleh...(",) di kala dr tengku dan dr justin sebok memastikan kehadiran kami dan assigning respective patient kolam mata ku mula panas....hampir sahaja menitis air mata yang ku tahan sedari malam tadi...terdengar pengiring kami berkata...'nuai, jgn nangis.jangan wat hal kat cni...ko bole..yakin n relax...' segera ku mengusap kelopak mataku...ini perjuangan terakhir ku...aku harus meneruskannya..di telinga ku terngiang-ngiang pesanan ibu, 'zikirkan hasbunallah huwanikmal wakil...jangan nervous2..yakin' pesanan ayah, 'banyakkan baca 3 Qul..buat macam biasa je..ayah di rumah akan doa dan solat untuk kakak..' kata-kata dr junaidi, 'don't crack under pressure..juz giv ur best shot..'..
"diz is ur patient, u may begin now..." dengan lafaz bismillah bermulalah perjuanganku...dari history ke physical examination...tamatlah sejam..seketika kemudian aku bertemu dengan pemeriksa ku..4 orang..semuanya hebat2 belaka...sticker nama kuhulur satu persatu..aku mula menjual cerita dan mengharapkan pembeli ku berminat....kira2 setengah jam kemudian selesai urusniaga kami...selesai yang pertama...alhamdulillah..aku mula mengorak langkah untuk 3 lagi kes...4 orang lagi datang mengambilku...tergamam sebentar melihat antara mereka merupakan dato' dekan...perjuangan diteruskan...dari wanita mengandung bergerak pula kepada 2 orang si kecil manis...ku lihat jam di tangan...kira-kira jam 11 suku pagi...tamat sudah Professional exam 3 bagi pelajar bernama siti nur aishah...alhamdulillah..walau di dalam hati masih tertanya2 apakah keputusan yang bakal diperolehi namun perasaan lega itu tak dapat ku sembunyikan...baru terasa perutku berkeroncong kelaparan...dihantar ke ruang kuarantin para petugas di situ sungguh menghiburkan hati...terharu sungguh rasanya apabila mereka memanggil namaku dengan DR...satu panggilan yang terlalu besar dan masih asing bagiku...selagi keputusan belum diumumkan...penuh keyakinan mereka berkata 5 tahun bersama kami cukup membuatkan mereka mengenali kami dan sebegitu yakin mereka dengan kami..harap-harap begitulah hendaknya....biarlah kesemua 59 orang kami bergerak seiringan...padaku, di kala ini...tak kiralah apa pun yang terjadi antara kami sepanjang 5 tahun ini..doaku biarlah kegembiraan ini dikongsi dan dirasai bersama...amin!
di kala ini aku berdebar-debar menantikan hari jumaat...semoga berita yang bakal diwartakan oleh Dato' dekan membawa 1001 kegembiraan kepada kami....
duduk bersahaja di asrama ni membuatkan aku semakin terkenangkan sahabat2 ku...terasa begitu lama tidak mendengar khabar setiap mereka...yang pasti sahabat2 dari TIGS dulu kebanyakkannya telah bekerja dan sedang berusaha untuk menyertai sepupuku untuk berkahwin..hehe..tinggallah aku yang baru terkedek2 nak bertapak dengan sendiri...bila di kenang2 kembali terasa rindu nak kembali ke zaman remaja dahulu...sentiasa riang gembira tanpa perlu berfikir apa2....apa yang perlu hanya belajar...berlainan pula dengan keadaan sekarang...banyak yang perlu difikirkan...banyak tanggungjawab yang harus dipikul dengan tabah...hingga kadangkala diri terasa ingin rebah kerana tidak mampu untuk memberi yang terbaik buat semua insan yang aku sayangi....
buat teman2 di mrsm pula... atau lebih dikenali sebagai TLC...walaupun jarang bersua dengan kalian, jarang menghantar berita tapi ingatan aku sentiasa kepada kalian...doa kebahagiaan dan kejayaan juga sentiasa mengiringi kalian...ku harapkan nanti kita semua dapat mencari satu masa (yang aku pun free) untuk kembali lepak2 dan mengupdate diri memasing...hope raya taun depan kita dpt berjumpa lagi mcm taun ni...cume bezanya kali ini atork pasti dtg bersama suaminya...begitu juga ela..dan siapa tahu anne dan cuda pula menyusul selepas itu...buat yan...aku sangat merindui kamu..kebisuan kau terhadap kami benar2 meninggalkan tanda tanya...namun kau kelihatan bahagia..itu sudah memadai...
buat teman2 di faculty of medicine....5 tahun mengenali kalian...begitu banyak suka duka dan pahit manis yang kita lalui bersama....ku akui 5 tahun bukan tempoh yang singkat untuk aku melupakan kalian...apatah lagi apabila banyak rasa hati yang kita kongsi bersama...setelah apa yang kita lalui, aku percaya persahabatan ini pasti akan berkekalan....walau kadang kala diri terkeliru dengan perubahan sikap dan tingkah laku seseorang yang kita rasa kita cukup rapat dan kenal, hingga aku hampir jatuh...namun hidup perlu diteruskan..segala kenangan kita lalui pasti menjadi memori terindah buat diriku...pintaku semoga persahabatan yang lahir dari hati yang ikhlas, rasa kasih sayang sesama sister akan berkekalan...walau suatu hari akan ada insan2 lain megisi setiap ruangan hidup kita...terima kasih atas segala sokongan, bimbingan dan panduan yang kalian berikan terutamanya kepada cik ayuni pesri, faizan dan abie...i really appreciate ur presence in my life every ups and downs...
 
Cute Light Pink Flying Butterfly