cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Monday, April 20

happy 24!!


semalam tanggal 19 april 2009 aku menyambut hari lahir yang ke 24...alhamdulillah,aku merafakkan kesyukuran ke hadrat Illahi...aku dipanjangkan umur..masih bisa bernafas di bumi Allah ini..terus menjadi khalifah Allah..bermunajat kepadamu...sungguh pantas masa berlalu..ini tahun terakhir aku meraikan ulangtahun ku sebagai pelajar..tahun terakhir untukku menyambut hari lahir bersama sahabat handai di fakulti perubatan uitm shah alam...terima kasih ku ucapkan buat naim,azam,annie,lydia dan azlin di atas sambutan yang mengharukan...aku akan ingat sampai bila-bila memori persahabatan kita semua..walaupun naim dengan poyonya makan xingat dunia...hehe~~ rosak diet aku..haha..sedap sungguh kek tu...tiramisu...seingat ku, dulu kak aina pernah memberi ku kek yang sama di hari lahir ku...katanya tiramisu bermaksud saya sayang kamu...dan kek 2 amat bermakna buat kami - seperti ucapan lydia semalam..aku akan kenang diz frenship 4 eva walaupun aku jauh di sarawak...(^.^)

dan buat teman-teman lain...terima kasih di atas ingatan kalian dan ucapan selamat hari lahir...huhu..walau ada di antaranya pedih gak di baca...hehe!

~dear Allah, help my sister live her life to the fullest.Please promote her and cause her to excel above expectations.Give her strength to shine inthe darkest places and love where it is impossible to love.Please help her in everything she does, guide her in every step she takes and be with her ya Allah as long as she can breathe...ameen...happy birthday akak! -ili raihana

~salam.happy 24th birthday dear beloved friend.May Allah swt blessed u always and granted all ur dua's. Selamat menempuh alam housemanship juga -manar mohd izam

~Ya Allah, muliakan saudaraku ini,bahagiakan keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkan imannya. Jauhkan dari segala fitnah.Amin.Selamat hari lahir. Take care -zuraidah jamak

~Hepi besday yang ke 24..semoga pnjg umur,murah rezeki, semoga cepat berjumpa orang yg menghargai ko..-hazira hassan

~Happy birthday dr siti nur aishah - dr ahmad junaidi

~Salam..happy birthday -mohd siddiq

~Happy bday..hehe dah tua..muah3x..dh abis exam wat pe?ukur jalan ngan ayah ke? -suhaily azura & uncle

~happy birthday..mmuah -dr ayuni

~akum.hepi besday dude.huhu,tgh celebrate kt mane tu?apa pun smoga ko sentiasa diberkati Allah, jd anak solehah n dr yang baik -dr abdul hazim a gafa

~heppy besdey! -siti nurhidayah rahim

~assalamualaikum...ct,hepi besday.mogapanjang umur n murah rezeki selalu.kami doakan smoga aunty ct cepat2 jmpe 'uncle right' -nor aina norhassan, mohd adam zafry & mohd zalman jalil

~i know it's late but you crossed my mind because it's ur birthday..happy birthday! - aunty Rokiah Abdullah

~hepy birthday kakak.semoga pnjg umur n murah rezeki.. -dr nur aqilah alias

~hepy burfday! -dr ruhaida mohd kamal

~selamat hari jadi...he3...dh 24 ek umur ko..dah bole mengundi, memilih bakal pemimpin..nak memilih bakal suami pun boleh.kalo orang dulu2 dh kawin beranak pinak dh pun.tp ko jgn la xsaba sgt..aniwei...selamat hari jadi...gud luck inur life and in ur love as well.all the best! -dr engku naim

~assalamualaikum..dr siti nur aishah..selamat hari lahir..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..-fairuz ridzman

~selamat hari lahir -dr zuraidah zaidun & dr shafie

~aishah, hepy burfday... -dr raja nur adani

~salam, happy birthday eh..semoga panjang umur... -dr naeemah abd aziz

~salam...happy burfday eh... -dr nor abriza mohd fadzillah

~happy birthday ya nuai... -dr annie souti & dr azam hilmi

stakat tu je yang aku ingat...mintak maaf la kepada sesiapa yang aku terlupa...

Saturday, April 11

berbisik..mencari kekuatan...

Dalam derita ada bahagia
dalam GEMBIRA mungkin TERSELIT DUKA
TAK SIAPA TAHU
tak siapa pinta ujian bertamu
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
tapi HATILAH YANG REMUK MENDERITA
insan memandang
mempunyai PELBAGAI TAFSIRAN
Segala takdir, terimalah dengan
hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
harus ada rasa bersyukur
disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah MENGASIHIMU setiap masa
DIUJI TAHAP KEIMANAN
Sedangkan RAMAI TERBIAR DILALAIKAN
hanya yang TERPILIH sahaja
antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu,mendengarkan
rintihanmu dan tabahlah
menghadapi
segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu

sabar! sabar! sabar! dan tabahlah wahai hati! tabahlah!

ada rahmat disebalik ujian dariNya! percayalah! walau..

TAK SIAPA TAHU
tak siapa pinta ujian bertamu
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
tapi HATILAH YANG REMUK MENDERITA
insan memandang
mempunyai PELBAGAI TAFSIRAN

setiap kesusahan itu bersamanya kemudahan!

dua kali Allah ulangi ayat ini dalam surah al-insyirah

berpeganglah pada janjiNya

yakinlah siti nur aishah!!

tiada kata seindah bahasa yang bisa mengubat resah dan rindu dijiwa.

hanya satu. hanya dariNYA. Dia yang Maha Mencipta.

post signature

Friday, April 10

c.I.n.T.a???

Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yg ku mau
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia

Cinta
Biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimanapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan
Cinta…

Perlu komen??? ntah ek...bile dengar lagu ni macam2 yang bermain di ruang minda aku...Hingga ada di antaranya tak mahu aku ingat dan ulangi...
Will i ever b ready to face it???

post signature

Wednesday, April 8

a nite 2 remember..

jam sudah pukul 1.35 pagi...mataku enggan jua tertutup..dah puas berkalih tempat pembaringan...sebetulnya kira-kira jam 11 lebih sudah terlalu mengantuk..hinggakan mahu mengangkat mata pun tak mampu..aircond di bilik ni dah dua kali ku hidup dan matikan silih berganti..ku fikirkan udara yang terlalu dingin penyebabnya..mungkin juga perut ku tidak selesa..apa tidaknya..tadi sewaktu makan malam habis semangkuk cili padi berulamkan mee goreng ku makan..puaslah ibu berleter tapi ku biarkan sahaja...huhu..ibu - ibu..tetap begitu..tapi itulah yang akan ku rindui bila pulang ke selayang...

terlanjur menulis ni..aku ingin ucapkan ribuan terima kasih dan setinggi - tinggi penghargaan buat adik-adik junior ku..batch ke 3 fakulti perubatan 2005-2010..di atas malam pre-graduation bertemakan a night to remember yang berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 3 april yang lalu...sungguh terharu melihat kesungguhan mereka..di dalam hati aku bersetuju dengan afif..kalau diberi pilihan, aku tak mahu adik-adik junior yang lain...mere yang terbaik...teringat kata-kata ku kepada fiza..adik junior yang memang mantap..although our relationship did not begin in a good way...but i do love u all as my juniors and appreciate ur presence...semua yang terjadi itu asam garam dalam mematangkan pemikiran..alhamdulillah, aku bersyukur dengan ketentuan Illahi ini...sungguh bijak Dia mengatur dan menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita...Subhanallah...diharapkan tradisi ini akan dikekalkan agar ukhuwah itu berpanjangan...kepada adik-adik junior yang bersusah payah memberi cenderamata..terima kasih atas segalanya...tak terbalas rasanya...semoga Allah meletakkan kalian di bawah jagaanNya..i will miss u all and always pray for ur success...
Ku panjat kesyukuran kepada Illahi keran menggerakkan hatiku...kerana mengilhamkan kepada sahabat-sahabatku yang akhirnya berjaya mengubah pendirian ku untuk tidak menghadiri majlis tersebut...ada hikmah di sebalik segala-gala ketetapan ini....i do enjoy myself despite wat eva has happened...

Sunday, April 5

Alhamdulillah..tahniah diucapkan buat 58 pelajar tahun akhir fakulti perubatan UiTM Shah Alam...segala penat lelah, usaha dan tawakal kini terbalas sudah..pengakhiran yang terlalu indah dan terlalu besar pengertiannya buat setiap insan...berkat kesungguhan para pensyarah mencurahkan ilmu...biar pun kadang kala kesabaran tercabar..berkat doa ibubapa di rumah akhirnya semua berakhir dengan sempurna...aku tidak akan dapat melupakan detik ini sepanjang hidup ku ini...detik paling manis....

3 April 2009
Seawal 10 pagi kami bergerak dari rumah menuju ke hospital kerana keputusan dijangka diumumkan jam 11 pagi...di kala itu di dalam diri kami, tiada ungkapan yang boleh digambarkan..terlalu takut, gemuruh, resah dan gelisah..namun bibir masih mampu tersnyum..cuba menyembunyikan gelojak di hati..afta all, prof normalina pernah berkata - u all shud take acting class...so skrg acting la...hehe (",)
namun, tiba di hospital suasana lebih murung...semuanya kelihatan begitu gelisah..mula terdengar pelbagai berita...di kiri mengatakan ada seorang yang gagal...di kanan pula mengatakan perempuan yang gagal...aku mengambil jalan untuk keluar dari library..walau beraircond dan kebiasaannya tempat ini dingin buat ku namun entah mengapa hari ini panas kurasakan...udara yang selalunya nyaman terasa menyesakkan..semakin ramai yang ku temui..termasuklah para pensyarah preklinikal..bertambah terseksa perasaan ini...aku kembali duduk bersama rakan taulan yang membaca al-quran dan tafsir...bersama-sam kami damaikan hati..mengharapkan yang terbaik buat semua...amin!.... kira- kira jam 12 tgh hari kami dipanggil masuk ke dewan kuliah....tika itu aku baru sahaja selesai mengalas perut dengan roti sosej..abd epul masuk dan berkata..jemput masuk bakal-bakal doktor...jantung semakin laju berdegup...rasanya kalah atlit yang berlari 200meter..huhu...kami berbaris dan mula melangkah masuk ke dalam dewan kuliah yang telah dipenuhi oleh para pensyarah...para pendidik sedari tahun 1 hingga ke tahun 5..di kala itu, tidak aku mampu untuk mengangkat muka melihat wajah mereka...kaki ku susun melangkah ke sudut atas dengan pandangan mata yang terpaku di lantai...kami duduk bersama-sama..di kananku ayuni...tangan digengganm erat..seolah memberi kekuatan antara satu sama lain..kelihatan dekan fakulti perubatan, dato' khalid yusof bangkit dari duduknya...lalu berkata...'semua ada di sini? ok...hari ini setelah mesyuarat bersama para pensyarah...fakulti akan mengisytiharkan keputusan professional examination 3 tahun 2009...it is a brilliant passing rate..feed back from external examiners ada improvement tahun ini...prestasi yang bagus dan diharapkan the next batch akan melakukan yang bertambah baik...dan seterusnya satu-persatu nama disbut...tepukan demi tepukan kedengaran...nyata aku semakin tidak mampu bersabar menanti namaku disebut..dan akhirnya - SITI NUR AISHAH BT JALIL :PASS WITH GRADE B..alhamdulillah...syukur aku ke hadrat Illahi...aku dan ayuni berpelukan dan airmata kegembiraan gugur jua akhirnya...lebih membanggakan kerana 3 orang teman ku memperoleh distinction in respective fields...tahniah diucapkan buat semua batch ke 2 uitm :2004-2009...u've made it thru...sebelum berakhirnya perhimpunan tengah hari itu wakil batch - Hazim meberikan sepatah dua kata...ucapan terima kasih yang tak terhingga buat para pensyarah...hoorey!!! Bersurainya perhimpunan itu menyaksikan gugurnya air mata kegembiraan ku...aku mendapatkan para pensyarah untuk berkongsi kegembiraan dan menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga...banyak yang telah ku perolehi dari mereka...banyak yang telah mereka korbankan buat anak bangsa...dr effa...dr eng...dr anis yang erat pelukannya, terima kasih doctor.....prof normalina...di kala itu makin lebat air mata ini...aku tersenyum bila prof normalina berkata...'aisyah, tengok..saya dh kata..mesti lulus..satu soalan je hari tu silap nak takut dan nangis..sekarang dah lulus pun nangis lagi...adoiii..'huhu...terima kasih prof...aku menghampiri prof hamim...walau tiada apa yang ku katakan aku yakin dia mengerti...die tersenyum dan mengucapkan tahniah ..namun sebelum berlalu sempat berkata..ingat pesanan saya...(",)...insyaAllah...jawabku di dalam hati...aku menyalami dan memeluk insan yang paling aku geruni suatu ketika dahulu...insan yang kata-katanya begitu tajam...insan yang paling ku segani kerana kebijaksanaannya, ketegasannya...namun insan inilah yang paling aku sayangi dan sanjungi...baru kini aku mengerti segala apa yang dilakukannya dahulu hanyalah untuk membentuk diri kami hari ini...'minta maaf prof...terima kasih atas segala herdikan dan teguran, amarah prof kepada saya..banyak yang sy belajar dari prof....' itu kata-kata yang ku bisikkan ke telinganya apabila erat pelukannya terasa....tersnyum aku bila prof berkata..'maaf juga ya aishah saya marah-marah kamu...marah terlebih-lebih..'sesungguhnya kau tidak perlu berkata sebegitu wahai guruku...ingin ku bertemu pensyarah-pensyarah yang lain namun tidak berkesempatan kerana semuanya berkejaran dengan urusan masing-masing memandangkan hari itu adalah hari jumaat..ucapan terima kasih juga tak lupa ku berikan kepada abang epul...dia ibarat seorang abang yang melindungi dan membri tunjuk ajar kepada ku....terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga kerja fakulti perubatan... Tengah hari yang penuh dengan kegembiraan itu kami akhiri dengan jamuan makan tengah hari di pizza hut bersama prof dato' dr raja khuzaiyah....bagai bermimpi dapat memeluk prof dan kini di belanja makan tengah hari...di sebalik ketegasan mu guru tersembunyi kasih-sayang buat kami....

Thursday, April 2

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

memang layanlah lagu-lagu yang berkumandang dari corong radio lewat malam ini...selesai mengemas apa yang patut sempat aku duduk di hadapan laptop untuk menulis kembali lirik lagu yang baru sahaja aku dengari...bait-bait lagu seolah menggambarkan perasaan aku semenjak 3-4 bulan yang lalu..dan kini semakin hari semakin ku cuba mengharungi dengan tabah, semakin ku berusaha melupakan apa yang terjadi..menerima apa yang telah tersurat dalam persahabatan ini...semakin sukar keadaannya..semakin banyak dugaan yang menimpa..semakin jauh ku cuba lari semakin datang insan untuk memberi penjelasan yang hanya mengeruhkan lagi keadaan...bagai menangguk di air yang keruh..begitu opportunistic lagaknya...bukan hati ini mudah untuk bersahaja di mata umum..apatah lagi untuk bertemu empat mata...namun pengalaman merupakan guru terbaik ku...andai bahagiamu di situ aku biarkannya di situ...bukan bermakna aku membuangmu dari kotak mindaku..membencimu...namun untuk tidak berkata berkongsi rasa dan rahsia hati lebih baik...kerana aku kelak aku tidak lagi mahu pisang berbuah 2 kali...tidak mahu aku meletakkan kau ibarat sang kancil yang tersepit di antara 2 gajah...maka dengan itu membisu adalah pilihan yang lebih baik...walau di balik daun pintu pasti gugur air mata...

sykur ke hadrat Illahi...tanpaNya, tiadalah tempat untukku berpaut...mengadu nasib..meminta panduan dan memohon kebersihan hati...

sabarlah hai...Manusia jgn menyangka mereka mudah sahaja dibalas dgn syurga, selagi tidak diduga dengan berbagai musibah & kesusahan... Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti tanda Allah menyayangi mereka.. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti tanda Allah membenci mereka..

'Dalam Kerendahan Diri
Ada Ketinggian Budi
Dalam Kemiskinan Harta
Ada Kekayaan Jiwa....' -edryssa-
someone, somebody that i never think of before (for at least the last 5 years!) with the endavour mustered, never fail sending me practically messages, which ends up, i never reply any..willingly calling me early morning or late nite..even i would say i am busy..huhu..i know, i'm a bad gurl but...because sometimes, things are better left unspoken…self explanatory..call me old fashioned..i know such lame excuses! yet it doesnt mean that i did not read the messages at all..i did read those and i thank you for the effort..highly appreciated..

i know you need an explanation..you want me to say at least a word..

i know you need reasons behind these..you want to hear something..

tapi cuma....

aku tidak punya jawapan..

aku tidak tahu beri penjelasan.....

aku benar-benar tidak tahu mahu berbuat a...pa

ingin aku membuka mulut ku berkata, bercerita kepada walid dan ibuku..namun sesungguhnya tak terluah...tidak aku tahu di mana hendak bermula atau di mana akhirnya...kerana aku sendiri bingung memikirkan penghujungnya....

penghujung yang pasti akan ................

-edryssa-

Wednesday, April 1

Hari ni seharian aku duduk di rumah..menyaksikan gelagat teman2 yang resah gelisah menunggu hari peperiksaan...melihat mereka aku teringat kembali apa yang ku alami semalam...lebih dahsyat rasanya...tak dapat aku gambarkan perasaan kami semua semalam...seawal 7 pagi telah dikuarantin dan peperiksaan hanya bermula kira2 jam 9 pagi...semasa kami diiring naik ke wad examination, setiap degupan jantung bagai nak terkeluar rasanya...segalanya mula bercelaru..tiba di atas,berderetan masters of medicine menunggu...semua warga fakulti perubatan uitm sedang menanti kehadiran kami..para pemeriksa dan para pensyarah sedang bersarapan di koridor berhampiran..tatkala kami berlalu, semua mata tertumpu ke arah 5 pelajar yang diiring oleh 7 orang petugas yang dedikasi..aku hanya mampu menundukkan pandangan mata...tak sanggup untuk merenung anak-anak mata guru-guruku...terlalu tinggi harapan yang diletakkan..di kiri kanan telinga mula dihujani ucapan maju jaya...ucapan selamat...pengharapan yang membuat hati bertambah sayu...tiba dihadapan pintu masuk wad, aku mengangkat muka..sekilas aku terpandang wajah prof hamim..sejuk rasanya hati...berbaur sayu..melihat kali kedua kehadirannya sepanjang tempoh kami menjalani peperiksaan...tambahan pula wajahnya persis ayahandaku...syahdu terasa..ku larikan pandangan mata dan terpandang pula wajah kak siti hasnah...die tersenyum dan gerak bibirnya ku baca...'gud luck'...senyumlah...yakin boleh...(",) di kala dr tengku dan dr justin sebok memastikan kehadiran kami dan assigning respective patient kolam mata ku mula panas....hampir sahaja menitis air mata yang ku tahan sedari malam tadi...terdengar pengiring kami berkata...'nuai, jgn nangis.jangan wat hal kat cni...ko bole..yakin n relax...' segera ku mengusap kelopak mataku...ini perjuangan terakhir ku...aku harus meneruskannya..di telinga ku terngiang-ngiang pesanan ibu, 'zikirkan hasbunallah huwanikmal wakil...jangan nervous2..yakin' pesanan ayah, 'banyakkan baca 3 Qul..buat macam biasa je..ayah di rumah akan doa dan solat untuk kakak..' kata-kata dr junaidi, 'don't crack under pressure..juz giv ur best shot..'..
"diz is ur patient, u may begin now..." dengan lafaz bismillah bermulalah perjuanganku...dari history ke physical examination...tamatlah sejam..seketika kemudian aku bertemu dengan pemeriksa ku..4 orang..semuanya hebat2 belaka...sticker nama kuhulur satu persatu..aku mula menjual cerita dan mengharapkan pembeli ku berminat....kira2 setengah jam kemudian selesai urusniaga kami...selesai yang pertama...alhamdulillah..aku mula mengorak langkah untuk 3 lagi kes...4 orang lagi datang mengambilku...tergamam sebentar melihat antara mereka merupakan dato' dekan...perjuangan diteruskan...dari wanita mengandung bergerak pula kepada 2 orang si kecil manis...ku lihat jam di tangan...kira-kira jam 11 suku pagi...tamat sudah Professional exam 3 bagi pelajar bernama siti nur aishah...alhamdulillah..walau di dalam hati masih tertanya2 apakah keputusan yang bakal diperolehi namun perasaan lega itu tak dapat ku sembunyikan...baru terasa perutku berkeroncong kelaparan...dihantar ke ruang kuarantin para petugas di situ sungguh menghiburkan hati...terharu sungguh rasanya apabila mereka memanggil namaku dengan DR...satu panggilan yang terlalu besar dan masih asing bagiku...selagi keputusan belum diumumkan...penuh keyakinan mereka berkata 5 tahun bersama kami cukup membuatkan mereka mengenali kami dan sebegitu yakin mereka dengan kami..harap-harap begitulah hendaknya....biarlah kesemua 59 orang kami bergerak seiringan...padaku, di kala ini...tak kiralah apa pun yang terjadi antara kami sepanjang 5 tahun ini..doaku biarlah kegembiraan ini dikongsi dan dirasai bersama...amin!
di kala ini aku berdebar-debar menantikan hari jumaat...semoga berita yang bakal diwartakan oleh Dato' dekan membawa 1001 kegembiraan kepada kami....
duduk bersahaja di asrama ni membuatkan aku semakin terkenangkan sahabat2 ku...terasa begitu lama tidak mendengar khabar setiap mereka...yang pasti sahabat2 dari TIGS dulu kebanyakkannya telah bekerja dan sedang berusaha untuk menyertai sepupuku untuk berkahwin..hehe..tinggallah aku yang baru terkedek2 nak bertapak dengan sendiri...bila di kenang2 kembali terasa rindu nak kembali ke zaman remaja dahulu...sentiasa riang gembira tanpa perlu berfikir apa2....apa yang perlu hanya belajar...berlainan pula dengan keadaan sekarang...banyak yang perlu difikirkan...banyak tanggungjawab yang harus dipikul dengan tabah...hingga kadangkala diri terasa ingin rebah kerana tidak mampu untuk memberi yang terbaik buat semua insan yang aku sayangi....
buat teman2 di mrsm pula... atau lebih dikenali sebagai TLC...walaupun jarang bersua dengan kalian, jarang menghantar berita tapi ingatan aku sentiasa kepada kalian...doa kebahagiaan dan kejayaan juga sentiasa mengiringi kalian...ku harapkan nanti kita semua dapat mencari satu masa (yang aku pun free) untuk kembali lepak2 dan mengupdate diri memasing...hope raya taun depan kita dpt berjumpa lagi mcm taun ni...cume bezanya kali ini atork pasti dtg bersama suaminya...begitu juga ela..dan siapa tahu anne dan cuda pula menyusul selepas itu...buat yan...aku sangat merindui kamu..kebisuan kau terhadap kami benar2 meninggalkan tanda tanya...namun kau kelihatan bahagia..itu sudah memadai...
buat teman2 di faculty of medicine....5 tahun mengenali kalian...begitu banyak suka duka dan pahit manis yang kita lalui bersama....ku akui 5 tahun bukan tempoh yang singkat untuk aku melupakan kalian...apatah lagi apabila banyak rasa hati yang kita kongsi bersama...setelah apa yang kita lalui, aku percaya persahabatan ini pasti akan berkekalan....walau kadang kala diri terkeliru dengan perubahan sikap dan tingkah laku seseorang yang kita rasa kita cukup rapat dan kenal, hingga aku hampir jatuh...namun hidup perlu diteruskan..segala kenangan kita lalui pasti menjadi memori terindah buat diriku...pintaku semoga persahabatan yang lahir dari hati yang ikhlas, rasa kasih sayang sesama sister akan berkekalan...walau suatu hari akan ada insan2 lain megisi setiap ruangan hidup kita...terima kasih atas segala sokongan, bimbingan dan panduan yang kalian berikan terutamanya kepada cik ayuni pesri, faizan dan abie...i really appreciate ur presence in my life every ups and downs...
 
Cute Light Pink Flying Butterfly