cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Sunday, December 18

kawen?

Persepsi orang tentang kahwin.......
Nak kahwin je mesti perkara pertama yang ditanya adalah tentang $$$$$. Ye, memang wang penting. Tapi rasanya banyak benda lain lagi yang aku rasa lebih penting daripada duit@wang. Susah nak cari soulmate yang betul2 boleh memahami hati kita dan nak terima kerjaya, perangai dan kerenah kita,,,
3 tahun aku cube 'tolak' 'tarik' A,B,C,D......
cube membuka pintu hati tapi xjadik jugak
senang orang ckp...amik org yang sayang kita walau kita xsayang org tu...pehhh...mmg susah abes..xbole langsung...xde chemistry...
Jadik if we hav found our soulmate now...y not??
Dalam Islam, hanya ada lima rukun nikah. Tak perlulah kita nak tambah yang ke-6 pulak, iaitu 'banyak duit baru boleh kawen'. Patutnya orang ramai patut lebih banyak bertanya macam ni, "ko ni nak kawen, dah cukup ke iman di dada?" hehehe. Obviously tak berapa nak cukup, tapi dalam proses yang giat untuk mencukupkannya.
I quote from sumbody..." duit kita boleh carimate, soul sejati cukuplah hanya satu!"
Akhir kata, Tepuk dada, tanya iman!

Thursday, December 15

kau yang bernama....part 5

alhamdulillah....bnyk liku2 telah dilalui...
walau diri masih belum yakin akan terhapuskah '5%' itu...
aku belajar menerima...
patah dialog 'ombak rindu' ....redha ke pasarah?? redha dengan rela pasrah kerana terpkasa...
huhu...

diri mula betah meladeni hidup dengan kehadiran dia sebagai insan yang disayangi...
belajar sedikit demi sedikit menerima kelebihan dan kekurangan dia...
dan ku harap begitu jua dgnnya....
walau terkadang makan hati jugak bila terasa bagai disisihkan
tapi bila pk2 aku mesti berperasaan mcm tu bile aku 'period'...start la nak sensitif2 ni...huhu...
syukur dia terima...tp xtau laa setakat mane...selama mana dia mahu bertahan...
doa ku panjatkan...
agar berkekalan...

teman yang kusayangi..
terima kasih kerana 'memamah' peristiwa yang lalu...
terima kasih kerana mengerti bahawa kasih dan cinta takkan berdiri andai sendiri...
terima kasih kerana terus berada di sampingku...
sungguh budi mu akan ku kenang hingga akhir hayat...

buat insan yang tahu siapa dirimu...
ingatkah kau dahulu...
bicara mu dahulu.....
hatimu kini terkunci oleh seseorang...
dan kuncinya ada padaku...
lalu kau meminta keizinan untuk memiliki kunci itu....

jawapan ku cuma satu...
andai kunci ini kau perolehi..
hargailah ia...
peliharalah ia...jangan dibiarkan berkarat...jangan ditinggalkan kunci bersendiri tanpa pintunya...
jangan biar kunci terpatah...
kerana andai terpatah...tidak mungkin ada penduanya...

...........sungguh kini aku sayang kamu...MNMN..

Saturday, December 10

kau yang bernama ... 4

akhirnya...setelah pelbagai yang dilalui..
pelbagai yang dipendam...
kau berani berkeputusan
aku nekad membuka bicara..
sebelum yang lain berkata adalah lebih baik aku memulakannya..
kerana andai ia dtg bukan dariku nescaya ku kira luka itu bagai disiram api yang menyala...
aku pernah lalui, maka aku tak mahu dia melaluinya
tidak ku mahu membina kebahagiaan atas kelukaab insan lain
benar dunia ini penuh dengan ketidakadilan tetapi bukan hak ku meletakkan kedukaan buat si dia...

Pabila ku luahkan ternyata bukan semudah yang ku sangkakan
Memang telah kuduga pasti hati ku jua akan terguris..
namun xkuduga begitu hebatnye getaran di hati...
sebermula aku membuka bicara si dia seakan tergamam
terdiam bagai mahu menutup bisikan hatinya...
namun ketahuilah wahai teman lenggok dan gaya bahasa tubuhmu terlebih dahulu ku baca...

tak terniat menggores hatimu atau istilahnya merampas...
namun ini kehendak hati..
ku tak bisa menolak bicara hati kami...
hatiku bagai dihiri tika kau berkata...'kau terlebih dahulu.....'
maka di sini akukah perampasnya?
aku kah perosak segalanya
akukah yang telah mencuri limelightnya???

namun bukan aku yang memulakan segalanya
dia tega bermain dengan api ketika di mata kita ade percikan itu...
lalu mengapa diri ini terbeban??
namun sungguh aku tak rela membiarkan si dia menemuimu teman..
merungkai segalanya...
kerana ku terlalu takut..
kerana entah mengapa '5%' itu terlalu besarnya nilainya buat ku
ku bagaikan takut dengan bayang-bayang sendiri
dan itu jua yang sentiasa bermain di minda ku saban hari...

walau kini kau menidakkannya
hatiku tak dapat membohongi akalku..
gegendang ku tak bisa menghakis getaran suaramu ketika melagukan kata-kata itu...
walau kau berkata...andai diundur masa...
ketahuilah wahai sang kekasih bicara yang pertama sentiasa lahir dari hati yang jujur dan ikhlas..
maka sukar untuk ku menerima sebulat-bulatnya....

namun mana bisa aku menjadi terlalu tamak mahu meiliki 100%???
syukur ape yang ada kini...
biar waktu penentu segala..
andai kita lebih mengenali  kau merasakan ku tak layak...
kau mahu berpatah kembali...
aku pasrah...
walau dalam sendu...

Friday, December 9

kau yang bernama...part 3

aku menulis lg...lambat betul nak abis citer pasal budak ni...
bukan xnak menulis...setiap kali menulis kena amik feel dulu...lgpun skrg ni asyik kursus, kursus,kursus...xde mase nak dok menempel kat dpn laptop ni untuk menaip...

lagi 5 hira genap 4 bulan aku berada di bumi mersing ni...
banyak pahit manis dan jatuh bangun yg dilalui...

begitu juga dengan titik noktah antara aku dan dia..
pengakhiran yang aku harapkan lebih baik..
setelah bnyk konflik yang berlaku...
aku fikirkan semasak2nya...
ku renung2kan...

aku hanyalah hawa ciptaanNya...
bukan fitrah ku menanti dan mengharap pada dia yang sendiri tak berkeputusan..
andai diri ini sesak memikirkan penghujungnya mendengar bicara dia bertambah menyesakkan mindaku...
melihat insan yang mula kukira ku sayangi berkelana hati lagi terasa gundahnya...
andai kau tak bisa berkeputusan...biar sahaja aku meletak titik noktahnya...

kebetulan pula aku tiada di sana
percutiaan yang secara fizikalnya merehatkan diri namun penum dengan badai emosi
ku putuskan padanya...
fikirlah sematangnya...
beri peluang pada si dia yang mungkin mereka rasa lebih sesuai buat dirimu...
sekurang2nya kelak kau xkan menyesal...

disaat aku dah bersedia angkat kaki...
kau pula seolah enggan melepasku pergi namun enggan memberikan si dia kepastian
mahu kukatakan bagaimana baharu kau mengerti...
aku sangat takut menyakiti hati seorang teman...seorang sahabat...
terkadang diri rasa bahagia dan terbuai oleh kata dan tindakanmu
Namun sekejapan sahaja terluka melihat caramu meladeninya...caramu seolah cuba 'menguruskan' keadaan kami...

walau cuba ku pujuk hati kecil ini nyata aku jua manusia biasa
sukar mengubati hati yang tergores..
aku kau pinta bersabar sedangkan hati yang sentiasa kau utamakan adalah si dia...
jadi dimana letaknya diri ini?
siapa sebenranye aku di mata mu
adakah ini harganya yang perlu kubayar kerana kau memilihku...
sungguh ini lebih pedih...

dimatamu jua aku kelihatan 'lemah'
sering kau titipkan dibibirmu si dia bisa menerima kenyataannya
lalu adakah aku tidak bisa??
jangan terlalu yakin...
aku lebih mengenalinya...lalu tingkahnya kini lebih meresahkan ku...
dan aku letih menjadi yang kedua walau di bibirmu kau tuturkan aku pilihan utama...
tapi sejujurnya tingkahmu tak seiring....

namun dikala itu ku sedar...aku xpunya hak untuk bersara..
tak punya sebab mengapa perlu aku menuntut berlebihan...
biarlah kau dengan rentakmu..
sejujurnya dr hatiku dapat ku rasakan...kau cuba meyakinkan ku namun kau seolah belum pasti dengan keputusanmu...

di kala itu aku tertanya2
andai diri begitu tekad bertemu orang tuaku mengapa langkah mu seakan canggung??
jangan terlalu tamak wahai pujangga...
andai aku ditakdirkan untukMu pasti akan ada jalan itu..

Monday, November 7

aku kah yang mencari kesempurnaan??

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak memberi PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air di dalam tempayan biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu penuh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti..Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL.....

tinta mula menulis kembali...

You always hurt the one you love
The one you shouldn't hurt at all
You always take the sweetest rose
And crush it till the petals fall
You always break the kindest heart
With a hasty word you can't recall
So If I broke your heart last night
It's because I love you most of all........

Wednesday, October 12

kau yang bernama 2....

lame sudah aku berhenti menulis..
yelah kembali bertugas menuntut perhatian penuh kepada tugasan harian ekoran rakan sekerja yang lain tiada...

maaf la pada teman yang menanti coretan ku...

macam2 yang berlaku...
sukar untuk aku gambarkan..
semua perasaan bercampur baur...
gembira ? bahagia ? teruja ? sedih ? rasa bersalah...rasa kecewa..?
sejak kali terakhir aku menulis banyak yang berubah...

bagai sudah tertulis..walau ku hindar semuanya kehendak Illahi..
walau ku rasakan belum sesuai dan belum tiba masanya
malam itu ketika aku bersama ibu ayah pergi menjamu selera..
kami ditakdirkan terserempak...
terduduk aku berfikir-fikir...
inikah petunjuk Illahi??
adakah semuanya memang sudah tertulis di Loh Mahfuz...
lalu dia mendapatkan kami di meja makan..
akhirnya tercapai hasratnya bertemu orang tua ku...

dan malam itu ternyata tidak dapat ku elakkan tersenyum sendirian...
aku mula lebih berfikiran positif...mula menerima andai ini jalan buat kami..
sehinggakan malam itu ayah mengur ku...
mengapa tersenyum2 seorang diri...
hehe... lucu..

lalu semenjak itu kami mula kerap berhubung...
dan sebelum aku becuti hampir 2 jam kami bertemu empat mata...
bicara hati ke hati...
dapat ku lihat ketulusan hati mu..
Namun melihat dari gerak gayamu, tingkah mu...
sungguh aku takut menyerahkan sekeping hati...
kerana walau terlihat ketulusanmu namun langkahmu seakan belum punya kekuatan...
getar suaramu seakan tersekat di kerongkong walau bicara mu jelas kedengaran...
kau seperti berkelana...mahukan yang di hadapan mata namun xdpt menolak sekeping hati yang lain...
yang paling pedih mendengar bicara mu...bisakah kesemua mereka menerima diri ini...
menerima diri ku seadanya...
dan mereka yang kita bicarakan di sini bukan calang2 orang nya...
keluarga mu di kampung halaman...
sahabat handai yang merupakan keluargamu di sini...
nyata...kita berbeza...
mengapa tidak diletakkan perbezaan itu untuk kita melengkapi kehidupan sesama insan??
sungguh tawar rasanya senyuman ku di kala itu...
cuba ku pendam dan tanam dalam2..
biarlah masa merubah segalanya...

Namun sepanjang perjalanan ku ke rumah...
sungguh diri ini tertanya2...
sedangkan kau kelihatan xmahu berjuang sepenuhnya apalah gunanya diri menyimpan angan...
tambahan pula..mereka adalah kehidupanmu...
tidak aku mahu menjadi batu penghalang...
dan apa yang ku duga tepat sekali...
bicara mu....walau pendek dan ringkas..namun cukup menikam kalbu...
kau masih di awangan....seperti tak percaya
terasa seperti ingin menjerit sekuat hati..
ingin ku lempiaskan kepedihan ini namun xku tahu pada siapa...
lantas ku pendam...
dapat ku rasakan kekusutan yang melanda..
dengan desakan mereka2....

hati kecilku merintih...
Hina sangat kah aku??
Jahat dan buruk sangatkah aku di mata mereka???
mengapa perbezaan kita dijadikan penyebab untuk tak bersama?????
sungguh terasa bagai maruah diri dipijak2 sehingga lumat...
ternyata manusia memandang, menghakimi berlandaskan rupa, penampilan..
tidak sekali aku memperkecilkan atau memandang rendah akan mereka tp pabila diri diperlakukan sebegini sungguh terasa diri dipinggirkan...
tambahan pula yang dipertandingkan aku dan dia..
nyata aku tewas sebelum sempat membela diriku...
wahai insan2....sungguh hatiku terluka mendengar segalanya...
lalu ku terfikir..
selma ini senyuman manis, gurauan mesra itu...adakah sandiwara??
entahla.......

sungguh aku letih jiwa dan raga...
lantas ku katakan padanya
buang ku jauh...
aku ingin berhenti di sini...
apa yang berlaku menjadikan aku seorang yang baharu...
cuba ku litupi hati yang tercalar... namun bukan mudah
sekembali bertugas aku sedar aku lebih suka menyendiri dan bekerja sendiri...
bukan menyimpan dendam..
namun di mindaku seakan bermain2 apa kata mereka...
anggaplah aku pesimis atau pendendam..tp itu kenyataannya..
masa bisa aku bekerja seperti dahulu andai diri mengetahui apa kata mereka mengenaiku di blkg ku....

dan untuk menjaga hati semua mereka bukanlah mudah....

to b cont....

Thursday, September 29

ruang yang kecil bernama hati..

tak pernah terlintas di fikiran ku bagaimana ruang yang kecil di dalam diri ini menanggung seribu satu rasa...
rasa yang tak terluah..
rasa yang tak dapat diungkap..
rasa yanf aku sendiri tak tahu mahu bagaimana lagi baharu rasa ini hilang...

seingat ku telah lama aku tak perlu berpikiran sebegini
kerna aku letih
kerna aku menolak ape yang datang
kerana aku lelah meladeninya..

tapi rase itu kembali kini..
namun aku berada di persimpangan
perlu kah dilayan kehendak hati
atau seharusnya aku beri pada yang lebih layak memperolehinya

namun hati bertanya
siapakah sebenarnye kita manusia untuk menentukannya
benarkah ini suratan yang tertulis
perlukah aku mengalah sebelum mula berjuang
namun untuk mengorbankan seorang yang ku sayang amat sukar

dan walau aku bukan sebersih murni mawar lain
aku xpunyai kuasa untuk memilih
aku xpunyai hak untuk memilih
sebaliknya aku dipilih
namun ternyata itu sukar buat mu...

maka
kita balik ke satu titik yang sama
kita temui jalan buntu itu
tiada berkesudahan
dan kerana itu
ruang kecil ini terasa terbeban
seperti xtertanggung rasa ini...

Oh Allah guide me thru this
sungguh kali ini aku sudah letih...

Tuesday, September 27

kau yang bernama...

Lewat sebulan lalu aku tidak berkelana begini..tidak aku ternanti2 atau menjadi penunngu.walau di hari pertama ku menjejakkan kaki di sana hati mula terdetik.memandang seraut wajah mu itu mengundang rasa gelisah..namun aku pujuk hati kecil.ahh...masakan dia.sudah sekian lama hati tidak sebegini..ku kira hampir 3 tahun..tiada yang dpt menggantikan dia.namun hadir yang ini jua tak dapat membuat ku melupakan insan yang pertama bertakhta di hati...
Nama mu mula terasa indah bila kusebut..
Aku cube menidakkan gelodak jiwa.. mane tidaknya terasa diri ini kerdil berada di samping mereka..terase bakal canggung andai kita duduk bersama..
Lalu perasaan itu ku tanam dalam2...
Tambahan pula kelihatan temanku seakan menyayanginya..walau tiada kata terluah, tiada bicara darinya namun bersahabat lebih 5 tahun masakan aku tak bisa membaca gerak tubuh, bahasa dan caranya...
lalu aku bertanya pada diri sendiri perlukah aku meneruskan sesuatu yang pasti rumit..perlukah aku meneruskan sesuatu yang kelak akan membuatkan aku sendiri terluka, aku melukai dan aku terlukakan...
lalu aku berkeputusan mengundur sebelum berjuang...orang kata mengalah sebelum memulakan ...
bukan kerana aku xpunyai keyakinan diri tapi aku bimbang aku tak akan cukup kuat untuk melaluinya...
lagipun berbanding dia, sudah semestinya aku bnyk kekurangannya...banyak buruk dari baiknya si dia...dia lebih layak, lebih indah berbanding diriku...
lagipun dari lagak gayanya memang kompem2 la aku ni direjek terang-terangan...mengerti keadaan semasa aku rela mengundur diri...
lalu ku atur langkah...cuba padankan kedua-duanya dengan bantuan  rakan taulan sekerja..cube ku lenyapkan gosip antara kami yang mula meliar...ku sangkakan jerat kian mengena...namun...

sungguh entah kenapa aku menyesali apa yang berlaku..
sesuatu yang tak pernah kami rancang..
sesuatu yang tak pernah aku rencanakan...
hujung minggu yang panjang itu hanya tinggal aku sendiri di bumi yang asing ini..
lalu bila punya kelapangan waktu mereka yang ada di sini mengisi waktu yang ada...
kami pergi ke rumah2 open house ysng ada...
kerana detik itu dia mendapat nombor telefon bimbitku...
di kala itu sungguh aku xberfikiran jauh...
ku sangkakan segalanya berakhir di situ...
rupanya itu adalah detik permulaan segalanya...

semenjak itu telefon bimbit ku mula berlagu memaparkan pesanan ringkas darinya...
sehari...2 hari dan seterusnya berhari-hari...
si dia mula berani menyuarakan rasa hati
sungguh tak ku sangka...
dalam hati berbunga ria jiwa rasa bergelora...
aku jadi takut
bagaimana dgn teman ku?
dapatkah mereka semua menerimanya...

si dia pula sedari awal seperti enggan bercerita mengenai temanku...
sampai detik waktu keluarga ku di sana si dia mula bertanya utk bersua muka
aku bukan mahu menolak kewujudannya namun aku takut...
takut segalanya tinggal kenangan...

to b cont...

Thursday, September 8

sebulan sudah..

08/09/11...
Sebulan sudah aku menapakkan kaki di bumi Mersing...
Masih belum mendapat rentak hidup yang menarik di sini...
Masih terasa kekosongan ke tempat kerja...
Sungguh aku merindui keindahan kehidupan di tempat kerja lama...
Berada di kalangan org2 yang familiar...belajar sesuatu benda yang baharu hari2....
Senyuman yang terpamer nyata plastik
Sungguh aku letih untuk terus berlakon

Betapa hari-hari terase seperti mengheret kaki ke tempat kerja..
Tetapi keluhan dan kesedihan ini bagai tak berpenghujung...
Biar selama mana aku berperasaan begini kehidupan sebegini tetap perlu dilalui
Perlu ditempuhi...
Setidak-tidaknya setahun...
Aku berharap dan berdoa setahun sahaja...
Nyata aku tidak betah di sini....


Friday, July 1

~Mode Emosi~

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi Kisah janji Dimungkiri
Sia-sia ku Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Bila dengar lagu ni tarasa mendalam kesannya di hati....
Ternyata sungguh aku merindui cinta itu..
Namun tidak ku mahu kembali lagi...

Sayang tak bermaksud rela...

Sunday, June 12

nur itu....

Saya seakan merasai pintu itu terbuka..
Saya seakan mmerasai bunga itu berkembang
Saya seakan merasai harumnya taman itu..
Saya seakan merasai indahnye degupan jantung riang di pagi hari..
Saya seakan merasai manisnya lena malam itu...
Saya seakan merasai lainnya senyuman itu...

Sungguh lama rasa ini telah pergi..
Andai benar ada jalannya...
Ya Tuhan bagi aku kekuatan..buka hijab mata hatinya dan ku..
Agar jalan kami nanti mudah..
Agar ada jalan yang lurus buat kami...

Thursday, June 9

2 minggu sudah...

semuanya berlalu dengan indah..
tp sungguh saya tak pasti apa perasaan saya
saya tak tahu mahu bagaimana
Yang saya tahu hati saya 'hilang'..

saya bagai tiada rasa
saya bagai tak berkelana
saya bagai hilang deria

Namun syukur ke hadrat Illahi atas bimbingan Nya
Saya lebih selesa kini..
Namun
Saya harap dia, dia dan dia akan faham

Saya butuh waktu....
jangan terlalu meminta yang pelbagai
Nyata sukar bagi saya
Saya mahu bersahaja seperti biase dahulu
Saya mahu semua orang melupakannya
Saya mahu semua berhenti bercerita
Kerana saya rasa sesak dengan semua...

Wednesday, June 1

sejuta rasa

rasa yang berbahagi-bahagi...

Aku lewati hari itu dengan penuh keazaman
Senyuman seribu makna
Namun percayalah...
sangat pahit rasanya di dalam

tak tertelan makanan yang ku jamah
tak seindah mane senyuman yang ku ukirkan
tak secerah mana tunaknya mata ku..
Tak semurah mana kata-kataku...

yang nyata...
Aku...
tak cukup kuasa
tak cukup kekuatan
Tak cukup betah...

di kedinginan malam itu segalanya terlihat
masakan berkongsi bantal menganggu lenaku
ini bukan yang pertama
masakan kebahangan malam menggugat lenaku??
Masakan kesilauan lampu menganggu lenaku??
Masakan alunan suara dari laptop atau tv menganggu lenaku??

ke kiri
ke kanan
ternyata aku resah
dan tanpa ku sedari....
aku ditemani dia...
dia yang enggan pergi walau cuba ku usir
dia yang datang bersama sendu
Sendu yang seakan tidak mahu berhenti....

terlalu murahkah dia???
Jangan dibazirkan dia...
dia terlalu lama bersamaku...
Ya Allah
beri aku pertunjukMu
beri aku kekuatanMu
bawalah dia pergi dari ku

DIA....
Airmataku...

Friday, May 20

CEMBURU

Siang tadi aku belajar suau yang baharu...

Cemburu..
Di sisi ILLAHI hanya 2 keadaan yang cemburu dibolehkan

ape yang aku alami kini tidak langsung tersenarai...

Betapa jahilnya dan jauhnya aku dari Nya...

Mengapa perasaan cemburu ini hadir bertubi2 sehingga mencalarkan kebahagiaan ini??

Bagaimana aku mampu mengatasinya?melaluinya?
Mampukah aku?
Ya Allah, kembalikan sinarMu buat diri ini agar jalan untuk bahaia itu mudah...

Tuesday, May 17

Andainya DIA tahu...

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.


Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.


Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,“tolong tinggalkan saya!”
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.


Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.


Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda....

Saturday, May 7

its out!

OMG!!!
The thing that i wanna avoid da most,,,
I've seen it
dont wanna be part of it
Dont wanna make myself visible
Dont wanna face it

i am damn like totally freak out..
Perasaan xenak muncul lagi

how am i gonna live wif it???

run for ur own sake!
wakie wakie...

Friday, May 6

Ikram Muslimin

Hari ni aku tazkirah ngan Dr Ungku Kamariah ....tajuk ari ni best.Ikram Muslimin bermaksud hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain...

Hak seorang anak kepada ibu bapanya
Hak ibu bapa kepada anaknya...
Hak sahabat kepada sahabatnya...
Hak suami kepada isterinya
Hak isteri kepada suaminya....
Hak kepada anak yatimnya...

Berdosa seandainya kita mengabaikan hak mereka...

Hadith nabi : Tidak sempurna iman seseorang selagi dia xsayangkan saudaranya sepertimana dia sayangkan dirinya sendiri.....

Nota kaki : Mungkinkah aku dapat melakukannya ...tp BILA???

Thursday, May 5

friend? i hate it!

"Should I Smile Because You're My Friend Or Cry Because Thats All We'll Ever Be?"



"Forget The Times You Walked By, Forget The Times You've Made Me Cry, Forget The Time You Held My Hand, Forget The Sweet Things If I Can, I Can No Longer Pretend, I Have To Remember Now That You're Just A Friend"


"How Can You Be Friends With Someone If Everytime You Look At Them It Makes You Want Them Even More?"


Those words play again and again in my mand..
F.R.I.E.N.D.
----Now, at diz moment, i juz hate the word badly...
 
Dont have shoulder to cry
Cant just seat here
Staring at the wall and says to myself to be happy
the fact that i am trying to move on
 
The fact that he is giving everything like i alwiz want
the fact that i knew i alwiz hav him by my side
 
I just dunno why diz tears do comw...
Diz heart unable to smile...

Monday, May 2

Aneasthesiology Family Day

pepagi biler smpi trus bergmabar ngan hadiah cabuta bertuah...harap2 aku menang!..mase ni belum tungkus lumus jdk ajk sarapan (bidan terjun lagi...)
30th April 2011
mase memule aku masuk posting ni...benda 1st Dr Ungku bgtau adalah pasal family day..
Wajib pegi...
Time tu mmg ler aku xrela nak pegi
Yelah member yg best2 nak lepak same xde...

<><>
<>
<><>
Specialist aku -Dr Suana yang sempoi habess..

Bkn xde geng tp xsemeriah mane kot...

Last2 gara2 si azreey kecoh nak mampus aku xbyr n xnak p...aku akhirnye pegi gak..
Worst still ...jdk MC for dat family day night..as usual..<

so, sabtu tu kitorg start la kumpul kol 8 pg..
gile awal..
aku dgn xprepare kemas barang nye bole plak bgn 7.15pg..
Haha...mentang2 lah period..slamber je tdo..bile aku sedar mmg kelam klibut siap.
Mane taknye, aku dh janji ngan dak2 ni sume HO kalo bole bior smpi awal nak tolong pendaftaran...


aku smpi kol 815..huhu..
smpi2 azreey dh perli2 aku lmbt..
as xpected..haha..

after sumer set, dalam 9.40pg tu kitorg gerak...58 Kereta nak konvoi...mmg giler la..
aku xtau la mase memule tuh bole ke aku nk konvoi reramai...
Nasib baik la da boys satu keta mmg mcm tau2 je n tak tinggalkan kitorg...
tp nmpk smart gak la biler sumer keta ade riben kuning n gerak reramai...
Akhirnya kitorg smpi ke Felda Residence Tanjung Leman dlm mase 1 jam...
---Dengan jayanya kitorg abandon konvoi tuh..
sementara tunggu lunch kitorg smpt posing lagi..best gak layan dak2 ni posing
Aku jalan jer ngan ikut keta dak lelaki..
Naseb smpi

Spenajang dalam keta mmg best la berkaraoke sakan ngan fiza, michelle n suhan...


smpi kat sane kitorg lunch sesame 1 meja..
Time tu terpk gak aku..bosan gile HO ni duduk pun sesame kitorg
tp nak wat cmne dh kitorg comfortable cmtu..
Dh MO pun dok sesame diorg..

berlatih poyo2 untuk persembahan

lg pun org lain sumer ade family masing2

ptg tu kitorg rehearsal persembahan yg aku rase akan hancur..
haha...tp xpe, asalkan kitorg enjoy!

After dat main sukaneka..
Mmmg lawak gile
Bagai nak rak bersorak2
posing lagi dan lagi...credit to azreey yg ambil gmbr ni setelah 3 kali kitorg melompat
Gelak ketawa and not to forget..bnyk gak snappy2 picture

--Walaupun aku lupe bwk kamera...
Si SN aku, si Aya, sgt lah rajin mengambil gmbr...

plus, si azreey bwk kamera tp suruh aku amik gmbr..
silap la mamt tuh...
haha

game paling klakar..cayalah fadhli!



Then after dat diorg ramai yang mandi laut and mandi air kolam
Tp kitog sumer xmandi since after jalan2 kat pantai jap n posing2 (lagi dan lagi...)
dh nak maghrib
Trus balik n siap2
Dak2 ni p solat maghrib berjemaah...


Dinner start kol 8.30mlm...aku ngan azreey mengarut poyo2  jd pengacara...
Belasah je la...
then time persembahan HO

Xsangke sumer org menantikan persembahan kitorg
Haha...mmg kelakar..
Kitorg punye la xde idea, kitorg wat persembahan pasal perbincangan kitorg sendiri untuk wat persembahan ape..

so bile sorang kate menari kitorg pun menari..
Bile sorang kate nyanyi kitorg pun nyanyi...
Sempoi!
Naseb baik ade hasyim..

Last2 skali kitorg main game ngan audience..Game kelopak jantung..

best!

Malam tu aku dpt cabutan kereta bertuah and individu bertuah
--Azreey mmg xpuas hati tgk keta aku menang..haha
sebelom balik bilik tdo..

1 May 2011
Selamat hari pekerja!!!

lpas keletihan di mlm hari smlm, dgn karaoke selepas majlis dinner tuh
Pagi mmg bgn lambat..
bgn2 siap and p breakfast...

malam dinner yg sempoi...

pg tu breakfast semeja ngan Mr Saadon and Dr Ungku..

Then kitorg pk2 nk main ape...

Last2 dak2 ni ajak mandi kolam n main bola
Main bola and monkey
smpi penat giler gelak n berlari2 dalam air kolam
Mmg meriah la kolam tu kitorg buat...

keganasan yang terserlah...eh, azreey main jauh2..

Lepas tu main polo air..
Lagi terserlah keganasan sume

Punye la sengal sorang2...p besar and kecikkan gol la..ada yang dok je jaga gol tuh..
ada yang main pegang and geletek penjaga gol
Mcm gusti..

akibatnye abis main bukan skadar dpt sunburn tp calar balar n lebam...

Xcukup tu terlepas plak gmbr2 dlm kolam..


Then kitorg packing and gerak balik...

ketenangan sblm kitorg menhuru harakan suasana

Konvoi gak..
Kitorg singgah Kota Tinggi and having lunch...


Though it was quite tiring...but i hav so much fun!
Thanx to those yang menjayakannya..






gmbr ni sbnrnye xfokus bunga kat tepi kpala fadhli...konon2 amik gambar ala2 mangga
















mase memule smpi Felda residence..

last preparation on stage...

all of us b4 gerak..hashim yg smpi lambat!








Thursday, April 21

meaningful lyric!


berapa kali ku harus katakan cinta

berapa lama ku harus menunggumu
diujung gelisah ini aku
tak sedetikpun tak ingat kamu
namun dirimu masih begitu
acuhkanku tak mau tahu

Chorus  :
luka, luka, luka yang kurasakan
bertubi, tubi, tubi engkau berikan
cinta ku bertepuk sebelah tangan
tapi aku balas senyum keindahan

bertahan satu cinta
bertahan satu c.i.n.t.a
bertahan satu cinta
bertahan satu c.i.n.t.a

pernahkah engkau sejenak mengingat aku
pernahkah ingat walau seperti angin berlalu
disetiap malam kini aku
tak sedetikpun tak ingat kamu
namun dirimu masih begitu
acuhkanku tak mau tahu

Ulang  Chorus





A fren of mine told me that diz song is nice...n  i like it!!!

Wednesday, April 20

19 April 2011

it is a nice celebration...i enjoyed it soo much

Alhamdulillah bertambah lagi umur ku..
Harap2 pertambahan umur membawa pertambahan iman dan amal
---tp terase hati ni semakin jauh drNya...nauzubillah! naseb baik last posting ni ada Mak Ungku yg suke wat tazkirah di hari Jumaat..

Diz birthday i'm not hoping for more..wat eva dat i hav now is enuff..
My only wish is for dat sumone to come n be @ my side to give me joyness in diz bored grey life..

alhamdulillah it was a great day n nite to end with...
i shall neva forget..

I guess wats done is done..i dont need more pressie from u >> even though u keep on saying wait till i come there plak later i'll get the real one..haha!

For all frens and family member thanx for da wish. i appreciate it...
Of all people, i do reply the msgs except for one...bcoz too much that i care thus i cannot reply..the more i care the more i cant go on..plus ur reaction is so subtle...at a time u push me away..at a time u wud b a music to my heart..dat sumone, i know u know who u r...











Saturday, April 9

LAT kampung boy the musical

 Haha...at last terbayar jugak la hutang nak tgk teater...
although this theater was awesome but i really regret not able to watch Terima Kasih Cinta...
Plus, i didnt turn out after i promised him to be there..so this time i made it...Best!!!!


Sangat2...Harith Iskander and Hans Isaac did an excellent job directing the theater aided by  AwieAtilia,Douglas Lim and many more.

LAT the Musical tells us the story of Dato LAT and how he struggle through ups and down in his life untill how he is now....
It resembles satu Malaysia - Malay, English, dialek Perak and Chinese...all in one...they blend into it! Honestly i loved all the lagu in the theater...huhu
Even though it is kinda rushing sbb after that kitorg p Low yat tp sgt enjoy la...it was a great holiday...



great weekend gateway...

Universal Studio Singapore..

Since it open i have longed so much to be there...and of corse with sumone i love and care...
Alhamdulillah cuti in ICU ni bole dimanfaatkan sebaiknya...and it falls perfectly as everybody was free dat day...



i love it..i love it...sy rase sgt gembira...

and after all things happened dat weekend i noticed sumthing...sumthing ...............huhu... (",)



 
Cute Light Pink Flying Butterfly