cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Monday, January 19

wanita

Lihatlah rama-rama, ianya cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka & ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam & menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu tinggal di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap & pegang rama-rama dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna & corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawet.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa kurang tetapi harga diri & maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna & coraknya manakala harga wanita terletak apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran & evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar kepada sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat & dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia yang sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar - indah dipandang tetapi dia sendiri yang menanggung beban. Hiduplah dengan bebas & terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan & maruah diri anda berada di taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik & sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah & sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin anda sukar dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara & melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai & maruah diri anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai lelaki yang benar-benar sanggup mencintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang & belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam jadilah wanita yang membanggakan semua orang....
dalam aku menghayati artikel ini hati tertanya...adakah aku rama-rama yang telah berjaya membawa dirinya??? sejujurnya aku GAGAL!!!setiap hari walau diri ini riang bersahaja namun rahsia di hati tak mungkin dapat di baca...sungguh aku sentiasa dibayangi!!!!

Tuesday, January 13

editted from DEAREST COUZ..huhu. YANG MULIA HANIZA

ari ni saye baru discover something thru out my life..

sebelum ni i was wondering kenape mummy’s family (her cousins and those related to her) look a like high class society je..as in macam mummy kan orang biase2 je kan..tapi how come la pulak she is related to those kind of people..pelik..pelik..but somehow..those questions left unanswered for quite sometimes has been answered with just a simple signage!

invitation card kawen yang terpapar atas meja kat rumah since saye balek semalam..

as usual, cuti sekolah bermula…maka bermulalah upacara melompat rumah kenduri kawen juge..cousins mummy ade a few yang buat kenduri kawen kan anak kat J.B…hmm..asalnye tgk kad jemputan tu sebab that card is so unique..it’s envelope type of invitation card (hurm..sebijik cam yang ade org berkenan bentuk die tuh!)

then, it’s stated..Yang Mulia Raja XXX bin Y.M Raja XXX

i was wondering…ni anak raje mane pulak la yang nak kawen jemput mummy one whole big family ni? everyone plak tu…

lepas tu tadi, kakak pun tanye la kat mummy n ayah…then mummy kate tu cousin jauh dia..invite mummy sebab nak kawenkan his daughter..

i was like what??? cousin jauh my mummy? since when mummy ku ini ade relative yang keturunan ade Y.M Raja cam tu? maka bermulalah sejarahnyer….haihss its too long to be true..tapi itu la hakikatnye…

mmg mummy kate die ade uncles and aunties yang berpangkat Y.M Raja sebab her mom a.k.a my late nenek was adopted to my moyang a.k.a tok nyang (yang kakak penah jumpe sekali je kut mase kecik2 dulu) yang berketurunan Raja and orang kaya johor (haihss..macam keturunan orang besar2 n bangsawan je dari ape yang mummy citer)..so that’s why kitorang pun tak pasal2 mendapat tempias skali dengan bende-bende inheritance and descendants cam ni..hurm..

so now i understand kenape tok sedareku semua pakai gelaran Raja..rupenye diorang mmg entitled with those first name..bukan ngade2 nak letak Raja..kalau tak dlu..bile mummy kenalkan her uncles which is my tok sedare..sume mummy sebut that raja..that raja..huhuhu…pelik..pelik..

pastu tadi, kakak tanye soalan yang paling kelakar atas muke bumi ni kat mummy..

“mummy, are they all still berdaulat mummy?”

hahaha..buat kne gelak dengan mummy n ayah je..mummy kate, haihss daulat ape nyer lagi..

yer la kan, sebab diorang ade gelaran Yang Mulia tuh..huhuhu…

Mummy kate, ala dah jauh dah dari keturunan tu..tapi entittle lagi la Y.M tu…

n i replied..ooo…patut la..eeee…ngeri je dengan those title tu kan..huhuhu

selame ni kakak tak percaye bile cousin kakak, cik nuai kate..jalan zabedah kat batu pahat ni diambil sempena name atok mummy kitorang, Raja Zabedah..skang ni baru kakak percaye ble mummy yang dah sahkan and certify that jalan tu mmg diambil sempena nama moyang kami..huhuhu..mummy kate sebab dlu kat situ rumah Tok nyang paling besar (sebab mummy kate die orang kaya and orang besar batu pahat)..huhuhu…

ape pun..yang berbeza di sisi Allah adalah tahap keimanan kite..bukan harta keturunan dan pangkat pun..itu yang paling utame :)


huhu...nice story bout out great anchestors..kalo tak diceritakan maka generasi yang seterusnya pasti takkan tahu...first time when i was told diz story by my mum i xcaye gak...rupe2nya bile dh jumpe orang2 yang disebut2 baru caye...funny la plak...

Monday, January 5

cOngRaTuLtIons!!

bila aku tengok balik blog ni sangatlh lame aku xmengupdate..bukan tiada ape yang berlaku dalam kehidupanku..terlalu bnyk..yang pahit..yang manis..tapi ternyata waktu terlalu mencemburuiku...lelah ku mencari waktu untuk mencoretkannya di sini...Muharram dan January telah pun tiba..ternyata tahun baru membawa pengertian baru...bagi diriku banyak yang telah berubah...
  1. aku mengenali erti sebenar KASIH SAYANG, KESETIAAN KEPERCAYAAN dari padamu ~ fairuz ridzman
  2. aku menyayangimu sahabatku..namun kini aku hanya melihatmu dan menyapamu..kerana hadirnya aku mencemar bahagiamu
  3. aku mencipta ruang buat diriku agar diri ini mampu menghela nafas menyaksikan dan mendengar segalanya
  4. aku meniti batas yang telah dibajai untuk mendapatkan buah kejayaan ~ IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN
  5. aku menyiapkan diriku memikul tanggungjawab yang baharu kelak


itu khusus buat diriku..peringatan buatku..agar andai dalam menyusuri hari yang berlalu aku tewas aku mampu bangun sendiri..berdiri sendiri..
Dalam kemelut diri aku juga ingi berkongsi kegembiraan kepada semua...

  • aku punyai sepupu yang baharu...sepupuku ~HANIZA sudah selamat diijabkabulkan pada 21 disember 2008..ternyata jurang ku dan dia sudah tercipta...aku harus biasakan diri kini sendiri...huhu..tak seperti dulu..terlalu sering bertukar cerita,cengeng bersama..tido juga kalo boleh mahu sebantal..jika ditanya perasaan ku ini aku tidak tahu sama ada aku lebih berat kepada gembira atau duka...namun yang nyata gugur 2 kali air mata yang ku tahan...dan kini aku tiada jawapan mengapa harus aku mengelak dan pergi jauh...aku kira aku tak boleh berdepannya...apa pun selamat datang EKRAM ELIAS...pintaku kau jaga surimu..doaku kalian bahagia selamanya..InsyaAllah!
  • tanggal 30 disember 2008 lalu keputusan PMR telah keluar...kepada 3 orang sepupu ku tahniah di ucapkan...nyata sangat sukar bersaing di sekolah yang sama..melihatkan kalian teringat kembali saat2 yang aku dan haniza lalui...zaman tingkatan 2 & 3 paling sukar sekali...hehe! kepada ATIQAH, HASLINA & AMALINA tahniah di atas pencapaian cemerlang kalian..teruskanlh tradisi keluarga kita..seperi kata mak long...cucu tok Haron dan tok Kiah semua pandai2...
  • tanggal 3 Januari 2009 menyaksikan sepupu ku yang satu ini dirisik jejaka pilihan keluarga...nama glamornya TRIPLE H ~ HAZREEN HANI HAMIDON..huhu..rasenya baru 2 minggu yang lalu ku berbisik kepadamu bila tiba giliranmu pasti aku pula akan sering dihujani persoalan2 stereotype..aku pasti keseorangan slps ni..huhu...teringat kata2 mu di penghujung pertemuan singkat kita..."dont be sad..." Apapun, aku menumpang bahagia..walau kau cube melindunginya, walau dalam kegugupan mu cuba menyiapkan diri melangkah ke fasa baru kelak aku tahu kai bahagia dan gembira...ku doakan dalam 3 bulan ini pastinya segalanya berjalan selancarnya..hati & minda mu pasti bergerak seiringan...
  • malam 31 Disember 2008 pula berangkatnya pulang sepupu ku yang satu ini ~ FAIZ...kembali ke perantauan memenuhi tuntutan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa perubatan...moga pulangnya nanti membawa seorang lagi DR dalam keluarga ini...
  • menjelang 9 Januari 2009 AZRI pula akan meninggalkan bumi Malaysia tercinta...sati lagi ahli keluarga yang pergi berjuang menambah ilmu di dada..semoga pemergianmu membawa pulang IR AZRI dari Germany...Kami di sini mendoakan kejayaanmu..amin!
 
Cute Light Pink Flying Butterfly