cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Tuesday, October 7

wAdAh BiCaRa


azan berkumandang…di luar hujan lebat membasahi bumi..kilat menyabung2..insan lemah tersandar di sisi timbunan buku yang berhabuk..dengan laptop terbuka..segenap ruang kamar kelihatan kemas..mujur ada yang ringan tangan membersihkan bilik yang kacau bilau lewat kelmarin..di luar kedengaran suara gelak ketawa menghiburkan hati..pasti rancangan televisyen yg ditontoni mencuit hati…diselangi deringan telefon..tentunya milik para penghuni yang sedang sibuk dengan urusan seharian-study,memadu kasih dan bertanya khabar dengan keluarga…entah mengapa hatiku sayu..hari ini semuanya indah..bangkit dari tidur yg lena tanpa dihantui mimpi2 ngeri…bersiap menjalankan rutin harian…


melihat anak2 kecil berlarian bertempikan alangkah indah andai bisa ku seriang itu…luaran ku bisa tertawa..aku bisa mengusik dan senyuman palsu tak sukar untuk diukirkan..namun sendirian begini membuat hati yang rawan menjadi sayu…tak pula ingin ku lagukan pada sesiapa..kerana ternyata aku sendiri tidak tahu apa yang perlu ku lagukan…namun nyatanya dewasa ini ketenangan ku bagaikan tergugat…di mana silapnya?? lantas aku culas menjalankan rutinku…aduh…semuanya serba tak kena!!!

…………… aku sendiri bingung!

aku ingin menulis lagi tp terpanggil untuk meletakkan bingkisan ini khas buat habibi ~maman...agar dapat ku usir pergi lara hati atau gelodak jiwa andai terjadi suatu masa..kerana kamu adalah dirimu.."Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi…"
MaMaN mCm PoLiS

life 1


….
kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa….meratah keimanan kita satu persatu….kekadang rasanya tak mampu…. kadang-kadang mahu beralah…..tapi di sana ada kebahgiaan hakiki….

ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI...

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"
Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang…
1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. 3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. 7-Terbatas pergaulan Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. 9-Bertanggungjawab Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.
10-Tenang wajah Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


mampukah aku???

Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. Hawa, Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. Hawa.. Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

 
Cute Light Pink Flying Butterfly