cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Tuesday, May 19

28 APRIL 2009 - tarikh yang xkan kulupakan..

setelah pulang dari klcc aku menuju ke mydin selayang..untuk membeli wrapping paper..mengambil kasut di cobbler...selesai segalanya aku mula melangkah ke persona dan menghidupkan enjin...elok sahaja handbrake diturunkan jendela kereta diketuk oleh seorang wanita cina..memberikan sekeping kad bersampul..padamulanya aku menolak..namun lagaknya seperti memaksa lalu aku menurunkan jendela dan mengambil kad tersebut..tertulis di hadapannya..malaysia sale!dan apabila dibuka dia menyatakan aku bertuah kerana memenangi hadiah misteri apabila di dalamnya terpapar bola berwarna perak...aku mungkin memenagi toyota altis, videoplayer atau laptop..aku boleh menuntut hadiah TANPA sebarang bayaran dengan hanya membawa mereka ke pejabat urusan...tanpa fikir panjang dan belum pun sempat aku berkata apa mereka telah menuju ke pintu kereta dan memasuki kereta..lalu aku terus memandu mengikut arahan mereka(seorang lelaki dan gadis berbangsa cina) menuju ke kepong..seingatku sepanjang perjalanan kesana, bertalu2 soalan diajukan...apa pekerjaanku..di mana rumahku..apa pekerjaan abangku...adakah kereta ini milik ku...malah aku juga digesa beberapa kali untuk menjamu mereka sesudah menuntut hadiah misteri...setibanya di kepong metroprima(berhampiran jusco kepong) aku dibawa ke pejaat mereka di tingkat 2 rumah kedai..semasa menaiki tangga ku perhatikan begitu sunyi kawasan itu...pintu masuk pejabat tersebut mempunyai sistem central lock yang hanya boleh dibuka dari dalam..kami disambut oleh seorang wanita cina dengan senyuman...mereka kemudiannya berkomunikasi dalam dialek kantonis(yang semestinya aku xpaham) dan aku di bawa ke bilik yang paling hujung dan pintu ditutup+dikunci...ku lihat sekeliling pejabat itu biasa sahaja(di ruang masuk hanya terdapat 1 meja, i kerusi dan 1 kabinet)...dengan bait-bait lagu cina berkumandang...hidung ku mula ditusuk bau colok sembahyang cina..di dalam bilik itu pula kelihatan 1 kabinet besi, i meja dan 3 kerusi...di dindingnya pula kelihatan gambar2 dan keratan akhbar yang kesemuanya di dalam bahasa cina yang dapat kutafsirkan sebagai bukti bahawa perkara seperti memenangi hadiah misteri itu sememangnya terjadi..lalu aku diberikan fail yang jua mempunyai isi kandung yang serupa...setelah itu, aku diberi sekeping kertas yang ku kira ukurannya macam gambar 3R dan akudiminta menulis nama, alamat, no IC, no telefon dan bank kegunaanku...tika itu hati ku mula berdegup kencang dan aku mula terasa bingung...namun aku tulis jua..samil menulisku lihat mereka(gadis dan lelaki itu) memerhatikanku..si lelaki mula bertanya adakah barang kemas(gelang dan cincin) yang ku pakai ketika itu tulen..916...manakala gadis itu mula bertanya make up ku apa brandnya...tika itu aku mula sedar bahawa tindakan aku ini salah...hati benar2 curiga dan dapat aku rasakan kaki dan tanganku mengigil..aku meminta izin untuk keluar dan menunggu di luar..namun dihalang..malah si gadis itu dengan yakin berkata..saya tahu akak mesti takut...tapi xada apa2..dalam ini bilik ada cctv(seraya itu tangannya ditunjuk ke arah SPEAKER..-->MCM LAH AKU XTAU BEZA)..so lelaki pula menambah kalo takut xapa..akak ole pegang saya punye ic..(APA JADAHNYA??)..katanya, jika aku keluar susah..ada sembahyang kat luar...(la, sejak bile plak xbole dok kalo ade colok kat situ??)...di dalam hati aku berdoa..Allahumma aqbil bi qalbi ilā deenika wahfadh min warāyina bi Rahmatika(Oh Allah! Let my heart turn (with devotion) to Your Deen, and save me (from every kind of evil) with Your Mercy)...aku nekad..aku harus keluar menyelamatkan diri..aku mesti berani...aku bangun...pada mulanya hampir dihalang oleh si gadis namun aku mempercepatkan langkah..berkata saya mahu balik solat nnt sy dtg semula..si lelaki menghalang..aku bertegas mengatakan tidak dan menuju ke pintu...setelah itu aku berlari menuruni anak tangga dan menuju ke kereta...perkara pertama yang aku lakukan adalah menguncikan diri di dalam kereta...dan setelah itu..gugur jua airmataku..aku menangis semahu2nya sambil tangan lincah mengemudi kereta untuk segera berlalu dari kawasan itu..di dalam masa yang sama tangan kananku mula mendail nombor naim dan alin...berkali2 namun tidak berjawab..sepanjang perjalanan, aku perhatikan di cermin sisi seandainya ada kenderaan yang mengekori ku...mengikut pengamatanku rasanya tiada..namun hatiku tidak enak..tika itu, aku dapat rasakan memang aku menggunakan skill need for speed underground yang sering ku mainkan di PC...sesampai di kolej, kelihatan alin dan naim menunggu ku dan bertanyakan mengapa...aku mula bercerita...ketika di kolej baru terasa keselamtanku terjamin...kerana aku tahu pak guard xakan sewenang2nya melepaskan org yg xdikenali masuk...selesai ercerita berbakul2 kemarahan yang aku terima dari alin...aku jua tahu kesilapanku tp sesungguhnya tika segalanya berlaku aku seakan tidak dapat berfikir dan ibarat lemu dicucuk hidungnya...naim mencadangkan agar aku segera melaporkannya di balai polis..lalu kami bertiga berlalu ke balai polis...alhamdulillah sehingga hari ini segalanya selamat...setelah membuat laporan kami dibenarkan pulang...sepetang juga kami berada di sana...malah solat maghrib jua di sana...amat aku hargai setia kawan yang dipamerkan oleh mereka...THANK YOU..dats da only word i ever had for wat u guys have done...aku akan ingat sampai bila2(walaupun korang lebey banyak menyakitkan ati aku..huhu)..mcm naim cakap..A FREN INNEED IS A FREN INDEED..

p/s:di sebalik kekecohan yang berlaku, sempat jua kami bergelak ketawa..apa tidaknya...sebelum bergegas ke balai polis naim dan alin sebok bertelingkah pendapat...naim mengusulkan agar naik ke bilik dan membawa dompet..alin dan aku pula mengatakan xpayah..kesudahannya di balai polis, pegawai polis itu meminta IC naim/alin untuk disimpan ketika masuk..namun kami dengan slambernya menjawab xbwk...penyudahnya, pakai lesen ku...sempat gak la abang polis tu membebel memarahi kami dan paling xdilupakan..."kamu ni lebey teruk drpd warga asing..mereka pun bawak IC mereka walau ke mana"..haha...

Sunday, May 17

wat a day!

menulis lagi..huhu..rasanya bila dok kat umah ni aku jarang plak nak menulis blog ni..bukan xde kelapangan tp kemalasan yang berlebihan..haha...rasenya waktu ade yg ade aku lebih rela habiskan lepak ngan ayah..layan tv ngan mummy..layan naim membebel dlm tepon..bace sms alin yang xmenyakitkan hati aku..video call ngan adam(cumelnya die..juz like me..ewah!)..finishing one by one new novels(kena kluar lagi beli ni)..wayang??lame dah xlayan,walaupun berbuih mulut becok naim n alin reccommend citer besh..owh, last but not least, packing, unpacking and redecorating my room.. although it took me sumtime to get it clean & clear(smpi si naim n alin asyik membebel, mengutaikan mulut mereka) but alhamdulillah i've manage to do it..bukan senang la my dear fren..those things has been ages in my life...huhu ('',)
last weekend, duduk sembang2 dgn poda n farhana..although earlier weather cm nak ujan sampai anak buah poda nak nages sbb tkut as it is too windy..banyak jugak bercerita..mengupdate diri memasing..tahniah buat poda -selamat dirisik..xsangke gak, dalam ramai2 kita sekawan poda dahulu mengikuti jejak langkah haniza...huhu...sempat juga aku dan farhana bercerita sekitar apa yang berlaku di layar kehidupanku...tiba2terasa panas kolam mata..perasaan yang ku tanam dalam2 mula dizahirkan..bertambah tersentuh hati bila namanya disebut..jauh di sudut hatiterasa meronta0ronta ingin mengetahui perihal dirinya namun aku harus berdiri di bumi yang nyata..hidup perlu diteruskan.. ya, membuat pilihan itu sukar tetapi dengan petunjukNya pasti aku akan belajar mengatasinya..Oh Allah! guide me to the best conduct because no-one guides to the best of it but You, and turn from me bad conduct as no-one can turn from me bad conduct but You...Oh Allah, I seek Your Protection from miserliness, I seek Your Protection from cowardice, and I seek Your Protection from being returned to feeble old age. I seek Your Protection from the trials/troubles of this world and from the torment of the grave...
sebelum berpisah sempat juga aku bercerita kisah aku hampir ditipu...bila difikir2 kan balik, lucu...belajar sampai ke menara gading masih saja berjaya diperdaya..syukur alhamdulillah aku terlepas dari bahaya itu...mengingat kembali saat itu aku jadi takut..tak dapat ku bayangkan apa yang akan terjadi andai aku lewat tersedar dan berfikir secara rasional..hari itu aku tidak hadir ke program shadow housemanship yang dianjurkan oleh fakulti..bukan kerana ponteng tetapi aku harus melapor diri kerana telah tamat pengajiandi petronas..hmm..susah juga tapi ini tanggungjawab ku sebagai scholar..xkan lah duitnya ku mahu tetapi tanggungjawab terabai..andai terlewat aku bisa disaman kerana B.O.C..haha nmpk gempak je -->breach of contract la..sepanjang 5 tahun bergelar scholar ini belum pernah aku berkunjung ke ESU di KLCC(terpinga2 juga aku dan cueda sewaktu melalui beberapa peringkat pegawai keselamatan..sangatlah ketat n leceh)..walhal rakan2 yang lain kerap jua..pegawai2 yang ditugaskan menjaga kami jua hanya aku kenali ketika sesi annual meeting wif them dekat main campus..namun itu bukan bermakna aku culas dalam memenuhi tuntutan sebagai scholar...setiap keputusan peperiksaan xpernah lupa kuhantar walau adakalanya terlewat..biasalah, bila berurusan dengan pihak atasan ni banyak kerenahnya..perlu dituruti baharu segera kerjanya..almaklumlah fakulti ku masih setahun jagung..huhu..namun dalam banyak2 program yang disediakan oleh petronas hanya satu yang dapat ku ikuti..selebihnya sering sahaja diadakan sewaktu minggu exam..study leave..huhu..rungi btul ('=_=')...knowing the other scholar is really fun despite gaining knowledge from their respective fields..plus i get to increase my circle of fren(xlah asyik berada di keliling org yang sama..walaupun aku menyayangi teman2 semua namun adakalanya sukar untuk melalui 'ribut emosi' dan 'persekitaran yang kurang sihat' kerana semuanya ibarat rantaian..celah mane pun pusingnya,driftnya pasti kembali ke tapak yang lama)...aduh! aku sudah melalut..omelan ini memang xkan pernah habis..
setelah selesai urusan di petronas aku dan cueda duduk menikmati juiceworks and aunty anne<--mcm salah je eja..huhu..sambil kami bersembang..almaklumlah lama betul kami xbersua..sekadar bersms dan bergayutan di telefon..huhu..saling bercerita dari hati ke hati memandangkan status kami sama..huhu...(",)..to be continued...

Tuesday, May 12

marriage...




Lyrics | Chicago lyrics - You're The Inspiration lyrics

love diz song...and congratulations to my dearest fren - DR NAEEMAH ABD AZIZ & ABG FENDI

Dalam surah Ar-Rum ayat 21, Allah berfirman : 'Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Allah menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri dari jenis mu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang...'

syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan kebesaranNya ini...aku kagum melihat suadara-saudara seperjuanganku yang telah selamat di ijab kabulkan..perjanjian sudah termetrai...kepada yang bakal menyusul segerakanlah walimah kalian...jauh di sudut hati, ketika melihat neemah di ijab kabulkan hati terusik...rasa sedih, gembira dan pilu bercampur menjadi satu...gembira dengan lafaz ijab mereka...sedih kehilangan seorang teman seperjuangan yang solo...(",) dan pilu bila hati mula bertanya akan hadirkah hari yang bahagia buat diri ini...akan seindah inikah harinya nnt...tatkala itu seakan terngiang2 janji2 yang pernah kudengari dipatri buat diri ini...lucu...bukan niatku mempersenda janji itu...tapi semuanya berjanji tapi tidak pernah menepati...di kenang2 ada yang berjanji untuk terus mencintai walau hanya berteman...ada yang berjanji ingin kembali merebut cinta setelah memperbaiki diri...ada yang berjanji menerima diri walau apa keadaanya kerana itu namanya cinta...ada yang berjanji mahu setia menanti untuk dijadikan suri...wahai manusia, berjanji itu memang mudah..jangan sampai suatu hari nanti janji membinasakan diri..yang berjanji kadang kala memungkiri..atau mungkin kerana putaran masa, persekitaran dan keadaan yang berubah mengikis ingatan terhadap janjinya...atau mungkin jua ego dek maruah diri yang pernah tercalar mengatasi kewarasan akal dan cintanya..bercinta itu ada yang berkata terlalu indah tetapi melalui pengakhirannya begitu payah...namun dalam bercinta tiada yang salah dan tiada yang benar...bercinta untuk mencari pasangan peneman seumur hidup bukan hanya sehari dua, sebulan dua atau sekadar 2-3 tahun..andai tak tega mengharungi bersama mengapa perlu diteruskan suatu perhubungan..cinta juga tak bererti memiliki..andai itu bahagia cintanya, perlu seikhlas hati merelakannya..ya, cinta itu ibarat perjudian..mainan perasaan..namun itu pilihan yang kita caturkan..kerana itu andai dapat ku putar waktu aku pasti memilih untuk tidak mengenali cinta sebelum waktunya...dewasa ini, bnyk membaca ilmiah untuk pengisian diri menyedarkan aku..aku ingin menjadi yang halal buat hamba yang menghormatiku sebagai muslimahnya, ikhlas menerimaku kerana janji Illahi..CINTA!!

Monday, May 4

last but not least...

bersama adik-adik yang ku sayangi - elly,chika dan fareh...
having dinner wif u guys was lovely...thannxxx so much for da treat..n da present..and those cards dat u ever gave to me..those supporting words..those happy n sweet moment...even though knowing u guys for only a year, it means a lot to me...naseb ade posting peadiatric..dats one of da reason y i luv peads..hehe!! dh lame nak tulis blog ni tp xsempat(padahal dh cuti pun) di samping kadar kesihatan yg sangat rendah...sob2..syukur alhamdulillah skrg dh ok...
teringat balik peristiwa yg berlaku kira-kira 2 minggu lalu...mlm tu aku rushing btul..afta coming back from balai polis(huh?? nx post la aku citer)...after fresh up trus jumpe diorg kat G..tu pun aku dh lambat 10 minit..sorry lah...yang klakarnye..aku ajak diorng naik keta aku sbb aku xpark bebetul tp rupenya diorng nak wat surprise for me...diorg dh siap2 letak barang kat keta chika...wat a spoil! tp nak wat cmne...hehe! akhirnya terkantoilah...aku sgt lah terharu terima hadiah pemberian diorg...mase elly jumpe aku amik things from my room elly ade la tanye wat kin of gift i would luv to hav...xsangke lak aku gurauan i wanna a purse bukan sekadar gurauan..huhu...naseb la mase mlm diorg bg hadiah tu aku xnanges kat situ..touching la..i've only knowing them for like a year tp banyakla kitorg kongsi2 citer...insyaAllah kalo ade yang mampu aku tolong aku pasti tolong.....andai suatu mase dahulu aku pernah bertanya pada diri sendiri...melihat abang2 dan akak2 senior ku kembali ke sini..melawat,memberi kata-kata semangat..xlupe jugak berkongsi gaji..hehe...adakah satu hari nanti aku akan kembali ke bumi selayang lagi untuk berbuat sedemikian??? kini aku punye jawapan...ya,pasti aku akan datang...untuk menyuntik semangat buat adik2 junior ku...dan andai bisaku bantu pasti akan ku hulurkanbantuan...insyaAllah..itu doaku..agar kejayaan ini dan pengalaman ini dikongsi bersama...buat elly,chika and fareh...terima kasih xterhingga atas perkenalan dan persahabatan ini..korang mmg adik2 yg besh+rox! thanx gak for da luvly cards...fareh jgn lh risau..those words doesnt hurt me..it is my past..my sweet memory..siapa pun dan apa pun yang berlaku antara kami sepanjang 5 tahun di uitm xakan ubah apa2..i still cherish it! menyayangi xsemestinya memiliki kan?? hehe.. tak tumbuh tak melata..tak sungguh akak xkate..hehe! miss u all so much!!


Monday, April 20

happy 24!!


semalam tanggal 19 april 2009 aku menyambut hari lahir yang ke 24...alhamdulillah,aku merafakkan kesyukuran ke hadrat Illahi...aku dipanjangkan umur..masih bisa bernafas di bumi Allah ini..terus menjadi khalifah Allah..bermunajat kepadamu...sungguh pantas masa berlalu..ini tahun terakhir aku meraikan ulangtahun ku sebagai pelajar..tahun terakhir untukku menyambut hari lahir bersama sahabat handai di fakulti perubatan uitm shah alam...terima kasih ku ucapkan buat naim,azam,annie,lydia dan azlin di atas sambutan yang mengharukan...aku akan ingat sampai bila-bila memori persahabatan kita semua..walaupun naim dengan poyonya makan xingat dunia...hehe~~ rosak diet aku..haha..sedap sungguh kek tu...tiramisu...seingat ku, dulu kak aina pernah memberi ku kek yang sama di hari lahir ku...katanya tiramisu bermaksud saya sayang kamu...dan kek 2 amat bermakna buat kami - seperti ucapan lydia semalam..aku akan kenang diz frenship 4 eva walaupun aku jauh di sarawak...(^.^)

dan buat teman-teman lain...terima kasih di atas ingatan kalian dan ucapan selamat hari lahir...huhu..walau ada di antaranya pedih gak di baca...hehe!

~dear Allah, help my sister live her life to the fullest.Please promote her and cause her to excel above expectations.Give her strength to shine inthe darkest places and love where it is impossible to love.Please help her in everything she does, guide her in every step she takes and be with her ya Allah as long as she can breathe...ameen...happy birthday akak! -ili raihana

~salam.happy 24th birthday dear beloved friend.May Allah swt blessed u always and granted all ur dua's. Selamat menempuh alam housemanship juga -manar mohd izam

~Ya Allah, muliakan saudaraku ini,bahagiakan keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkan imannya. Jauhkan dari segala fitnah.Amin.Selamat hari lahir. Take care -zuraidah jamak

~Hepi besday yang ke 24..semoga pnjg umur,murah rezeki, semoga cepat berjumpa orang yg menghargai ko..-hazira hassan

~Happy birthday dr siti nur aishah - dr ahmad junaidi

~Salam..happy birthday -mohd siddiq

~Happy bday..hehe dah tua..muah3x..dh abis exam wat pe?ukur jalan ngan ayah ke? -suhaily azura & uncle

~happy birthday..mmuah -dr ayuni

~akum.hepi besday dude.huhu,tgh celebrate kt mane tu?apa pun smoga ko sentiasa diberkati Allah, jd anak solehah n dr yang baik -dr abdul hazim a gafa

~heppy besdey! -siti nurhidayah rahim

~assalamualaikum...ct,hepi besday.mogapanjang umur n murah rezeki selalu.kami doakan smoga aunty ct cepat2 jmpe 'uncle right' -nor aina norhassan, mohd adam zafry & mohd zalman jalil

~i know it's late but you crossed my mind because it's ur birthday..happy birthday! - aunty Rokiah Abdullah

~hepy birthday kakak.semoga pnjg umur n murah rezeki.. -dr nur aqilah alias

~hepy burfday! -dr ruhaida mohd kamal

~selamat hari jadi...he3...dh 24 ek umur ko..dah bole mengundi, memilih bakal pemimpin..nak memilih bakal suami pun boleh.kalo orang dulu2 dh kawin beranak pinak dh pun.tp ko jgn la xsaba sgt..aniwei...selamat hari jadi...gud luck inur life and in ur love as well.all the best! -dr engku naim

~assalamualaikum..dr siti nur aishah..selamat hari lahir..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..-fairuz ridzman

~selamat hari lahir -dr zuraidah zaidun & dr shafie

~aishah, hepy burfday... -dr raja nur adani

~salam, happy birthday eh..semoga panjang umur... -dr naeemah abd aziz

~salam...happy burfday eh... -dr nor abriza mohd fadzillah

~happy birthday ya nuai... -dr annie souti & dr azam hilmi

stakat tu je yang aku ingat...mintak maaf la kepada sesiapa yang aku terlupa...

Saturday, April 11

berbisik..mencari kekuatan...

Dalam derita ada bahagia
dalam GEMBIRA mungkin TERSELIT DUKA
TAK SIAPA TAHU
tak siapa pinta ujian bertamu
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
tapi HATILAH YANG REMUK MENDERITA
insan memandang
mempunyai PELBAGAI TAFSIRAN
Segala takdir, terimalah dengan
hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
harus ada rasa bersyukur
disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah MENGASIHIMU setiap masa
DIUJI TAHAP KEIMANAN
Sedangkan RAMAI TERBIAR DILALAIKAN
hanya yang TERPILIH sahaja
antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu,mendengarkan
rintihanmu dan tabahlah
menghadapi
segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu

sabar! sabar! sabar! dan tabahlah wahai hati! tabahlah!

ada rahmat disebalik ujian dariNya! percayalah! walau..

TAK SIAPA TAHU
tak siapa pinta ujian bertamu
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
tapi HATILAH YANG REMUK MENDERITA
insan memandang
mempunyai PELBAGAI TAFSIRAN

setiap kesusahan itu bersamanya kemudahan!

dua kali Allah ulangi ayat ini dalam surah al-insyirah

berpeganglah pada janjiNya

yakinlah siti nur aishah!!

tiada kata seindah bahasa yang bisa mengubat resah dan rindu dijiwa.

hanya satu. hanya dariNYA. Dia yang Maha Mencipta.

post signature

Friday, April 10

c.I.n.T.a???

Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yg ku mau
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia

Cinta
Biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimanapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan
Cinta…

Perlu komen??? ntah ek...bile dengar lagu ni macam2 yang bermain di ruang minda aku...Hingga ada di antaranya tak mahu aku ingat dan ulangi...
Will i ever b ready to face it???

post signature

 
Cute Light Pink Flying Butterfly