cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...
Showing posts with label ReNuNgAn. Show all posts
Showing posts with label ReNuNgAn. Show all posts

Saturday, April 11

berbisik..mencari kekuatan...

Dalam derita ada bahagia
dalam GEMBIRA mungkin TERSELIT DUKA
TAK SIAPA TAHU
tak siapa pinta ujian bertamu
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
tapi HATILAH YANG REMUK MENDERITA
insan memandang
mempunyai PELBAGAI TAFSIRAN
Segala takdir, terimalah dengan
hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
harus ada rasa bersyukur
disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah MENGASIHIMU setiap masa
DIUJI TAHAP KEIMANAN
Sedangkan RAMAI TERBIAR DILALAIKAN
hanya yang TERPILIH sahaja
antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu,mendengarkan
rintihanmu dan tabahlah
menghadapi
segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu

sabar! sabar! sabar! dan tabahlah wahai hati! tabahlah!

ada rahmat disebalik ujian dariNya! percayalah! walau..

TAK SIAPA TAHU
tak siapa pinta ujian bertamu
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
tapi HATILAH YANG REMUK MENDERITA
insan memandang
mempunyai PELBAGAI TAFSIRAN

setiap kesusahan itu bersamanya kemudahan!

dua kali Allah ulangi ayat ini dalam surah al-insyirah

berpeganglah pada janjiNya

yakinlah siti nur aishah!!

tiada kata seindah bahasa yang bisa mengubat resah dan rindu dijiwa.

hanya satu. hanya dariNYA. Dia yang Maha Mencipta.

post signature

Tuesday, October 7

life 1


….
kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa….meratah keimanan kita satu persatu….kekadang rasanya tak mampu…. kadang-kadang mahu beralah…..tapi di sana ada kebahgiaan hakiki….

mampukah aku???

Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. Hawa, Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. Hawa.. Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

 
Cute Light Pink Flying Butterfly