Hendak ku lelapkan mata namun deruan angin malam di ruang tamu ini terlalu membuai2 perasaan ini…puas sudah aku cuba menanamnya agar diri tak dikuasai emosi…aku enggan menulis walau ku akui hanya di ruangan ini suara hati ku dapat dilontarkan..puas sudah aku berbicara dengan manusia…aku sudah letih..aku ingin berhenti..kerana bicara itu lebih memilukan..bicara yang tiada jawapan, tiada kesudahan..bicara yang cuba aku lenyapkan namun ternyata amat sukar..terlalu!
Ku kira waktu yang diberi cukup untuk pemantapan diri..persiapan diri..tindakan yang ku ambil dapat memberi ruang untuk aku bangun dari kemelut ini..tapi ternyata percaturan ku silap..kebesaran Illahi mengatasi segalanya..percaturan Illahi percaturan terAgung..subhaAllah..andai itu takdirNya akan ku hadapi sebaikNya…kerana janjiNya yang terbaik telah ditentukan buat hambaNya…oh hati, tabahlah…usah kau noda lembaran baru kehidupan ini..aku tak mahu mencongak apakah erti di sebalik segalanya..bukan kerana aku menolak , bukan jua kerana aku memendam rasa..kerana aku sedar penhujungnya telah diberi..biar sesukar mana menahan rasa…kerana janjiku; siapa pun aku,aku mahu memberi kebahagiaan…kerana aku pernah berlari, mencoba untuk ke pentas yang sebaiknya aku siapkan..namun ternyata itu bukan kehendakNya….
Menantikan dia kembali melamun hatiku sedih
Hati gelisah bermimpi bermadukan kasih…
Ku sampaikan ratapan jiwa dihembusan angin lalu
Harapan ingin berjumpa menyampaikan hasrat rindu
Tapi hanyalah bayangan tak kunjungnya kembali lagi
Gelap suram pemandangan binasalah diri
Remuk redam rasa hati tak tertahan menanggung rindu
Kasih tak mungkin kembali musnahlah harapanku…