cErItA jAsAd tEgAr,NuRaNi sEpI...

sebuah intermeso pentas hidup..

About Me

My photo
i am da only gurl in my family..sgt manja n very fragile..i luv shopping esp kasut,bj n handbag..i love my family N fren so much tp saya sgt benci ngan hipokrit..i hav learnt to forgive and forget..like prmanently delete dat sum people ever exist as sumone dear to me.. sum people say dat i can ezly cry n laugh @ da same time..sum would say dat i'm as fierce as iron lady..sum would say i am so daddy lil gurl..sum would say i'm a b****..sum would hate me s i'm ultimate heart broker..sum will say i luv 2 hurt myself 4 da sake of others..wat eva it is..i take it..humblely..bcoz i am a slave to the Almighty..i am learning 2 b a better person...

Friday, July 1

~Mode Emosi~

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi Kisah janji Dimungkiri
Sia-sia ku Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Bila dengar lagu ni tarasa mendalam kesannya di hati....
Ternyata sungguh aku merindui cinta itu..
Namun tidak ku mahu kembali lagi...

Sayang tak bermaksud rela...

Sunday, June 12

nur itu....

Saya seakan merasai pintu itu terbuka..
Saya seakan mmerasai bunga itu berkembang
Saya seakan merasai harumnya taman itu..
Saya seakan merasai indahnye degupan jantung riang di pagi hari..
Saya seakan merasai manisnya lena malam itu...
Saya seakan merasai lainnya senyuman itu...

Sungguh lama rasa ini telah pergi..
Andai benar ada jalannya...
Ya Tuhan bagi aku kekuatan..buka hijab mata hatinya dan ku..
Agar jalan kami nanti mudah..
Agar ada jalan yang lurus buat kami...

Thursday, June 9

2 minggu sudah...

semuanya berlalu dengan indah..
tp sungguh saya tak pasti apa perasaan saya
saya tak tahu mahu bagaimana
Yang saya tahu hati saya 'hilang'..

saya bagai tiada rasa
saya bagai tak berkelana
saya bagai hilang deria

Namun syukur ke hadrat Illahi atas bimbingan Nya
Saya lebih selesa kini..
Namun
Saya harap dia, dia dan dia akan faham

Saya butuh waktu....
jangan terlalu meminta yang pelbagai
Nyata sukar bagi saya
Saya mahu bersahaja seperti biase dahulu
Saya mahu semua orang melupakannya
Saya mahu semua berhenti bercerita
Kerana saya rasa sesak dengan semua...

Wednesday, June 1

sejuta rasa

rasa yang berbahagi-bahagi...

Aku lewati hari itu dengan penuh keazaman
Senyuman seribu makna
Namun percayalah...
sangat pahit rasanya di dalam

tak tertelan makanan yang ku jamah
tak seindah mane senyuman yang ku ukirkan
tak secerah mana tunaknya mata ku..
Tak semurah mana kata-kataku...

yang nyata...
Aku...
tak cukup kuasa
tak cukup kekuatan
Tak cukup betah...

di kedinginan malam itu segalanya terlihat
masakan berkongsi bantal menganggu lenaku
ini bukan yang pertama
masakan kebahangan malam menggugat lenaku??
Masakan kesilauan lampu menganggu lenaku??
Masakan alunan suara dari laptop atau tv menganggu lenaku??

ke kiri
ke kanan
ternyata aku resah
dan tanpa ku sedari....
aku ditemani dia...
dia yang enggan pergi walau cuba ku usir
dia yang datang bersama sendu
Sendu yang seakan tidak mahu berhenti....

terlalu murahkah dia???
Jangan dibazirkan dia...
dia terlalu lama bersamaku...
Ya Allah
beri aku pertunjukMu
beri aku kekuatanMu
bawalah dia pergi dari ku

DIA....
Airmataku...

Friday, May 20

CEMBURU

Siang tadi aku belajar suau yang baharu...

Cemburu..
Di sisi ILLAHI hanya 2 keadaan yang cemburu dibolehkan

ape yang aku alami kini tidak langsung tersenarai...

Betapa jahilnya dan jauhnya aku dari Nya...

Mengapa perasaan cemburu ini hadir bertubi2 sehingga mencalarkan kebahagiaan ini??

Bagaimana aku mampu mengatasinya?melaluinya?
Mampukah aku?
Ya Allah, kembalikan sinarMu buat diri ini agar jalan untuk bahaia itu mudah...

Tuesday, May 17

Andainya DIA tahu...

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.


Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.


Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,“tolong tinggalkan saya!”
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.


Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.


Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda....

Saturday, May 7

its out!

OMG!!!
The thing that i wanna avoid da most,,,
I've seen it
dont wanna be part of it
Dont wanna make myself visible
Dont wanna face it

i am damn like totally freak out..
Perasaan xenak muncul lagi

how am i gonna live wif it???

run for ur own sake!
wakie wakie...
 
Cute Light Pink Flying Butterfly