Monday, January 19
wanita
Cubalah tangkap & pegang rama-rama dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna & corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawet.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa kurang tetapi harga diri & maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna & coraknya manakala harga wanita terletak apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran & evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar kepada sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat & dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia yang sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar - indah dipandang tetapi dia sendiri yang menanggung beban. Hiduplah dengan bebas & terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan & maruah diri anda berada di taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik & sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah & sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin anda sukar dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara & melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai & maruah diri anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai lelaki yang benar-benar sanggup mencintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang & belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam jadilah wanita yang membanggakan semua orang....
dalam aku menghayati artikel ini hati tertanya...adakah aku rama-rama yang telah berjaya membawa dirinya??? sejujurnya aku GAGAL!!!setiap hari walau diri ini riang bersahaja namun rahsia di hati tak mungkin dapat di baca...sungguh aku sentiasa dibayangi!!!!
Tuesday, January 13
editted from DEAREST COUZ..huhu. YANG MULIA HANIZA
sebelum ni i was wondering kenape mummy’s family (her cousins and those related to her) look a like high class society je..as in macam mummy kan orang biase2 je kan..tapi how come la pulak she is related to those kind of people..pelik..pelik..but somehow..those questions left unanswered for quite sometimes has been answered with just a simple signage!
invitation card kawen yang terpapar atas meja kat rumah since saye balek semalam..
as usual, cuti sekolah bermula…maka bermulalah upacara melompat rumah kenduri kawen juge..cousins mummy ade a few yang buat kenduri kawen kan anak kat J.B…hmm..asalnye tgk kad jemputan tu sebab that card is so unique..it’s envelope type of invitation card (hurm..sebijik cam yang ade org berkenan bentuk die tuh!)
then, it’s stated..Yang Mulia Raja XXX bin Y.M Raja XXX
i was wondering…ni anak raje mane pulak la yang nak kawen jemput mummy one whole big family ni? everyone plak tu…
lepas tu tadi, kakak pun tanye la kat mummy n ayah…then mummy kate tu cousin jauh dia..invite mummy sebab nak kawenkan his daughter..
i was like what??? cousin jauh my mummy? since when mummy ku ini ade relative yang keturunan ade Y.M Raja cam tu? maka bermulalah sejarahnyer….haihss its too long to be true..tapi itu la hakikatnye…
mmg mummy kate die ade uncles and aunties yang berpangkat Y.M Raja sebab her mom a.k.a my late nenek was adopted to my moyang a.k.a tok nyang (yang kakak penah jumpe sekali je kut mase kecik2 dulu) yang berketurunan Raja and orang kaya johor (haihss..macam keturunan orang besar2 n bangsawan je dari ape yang mummy citer)..so that’s why kitorang pun tak pasal2 mendapat tempias skali dengan bende-bende inheritance and descendants cam ni..hurm..
so now i understand kenape tok sedareku semua pakai gelaran Raja..rupenye diorang mmg entitled with those first name..bukan ngade2 nak letak Raja..kalau tak dlu..bile mummy kenalkan her uncles which is my tok sedare..sume mummy sebut that raja..that raja..huhuhu…pelik..pelik..
pastu tadi, kakak tanye soalan yang paling kelakar atas muke bumi ni kat mummy..
“mummy, are they all still berdaulat mummy?”
hahaha..buat kne gelak dengan mummy n ayah je..mummy kate, haihss daulat ape nyer lagi..
yer la kan, sebab diorang ade gelaran Yang Mulia tuh..huhuhu…
Mummy kate, ala dah jauh dah dari keturunan tu..tapi entittle lagi la Y.M tu…
n i replied..ooo…patut la..eeee…ngeri je dengan those title tu kan..huhuhu
selame ni kakak tak percaye bile cousin kakak, cik nuai kate..jalan zabedah kat batu pahat ni diambil sempena name atok mummy kitorang, Raja Zabedah..skang ni baru kakak percaye ble mummy yang dah sahkan and certify that jalan tu mmg diambil sempena nama moyang kami..huhuhu..mummy kate sebab dlu kat situ rumah Tok nyang paling besar (sebab mummy kate die orang kaya and orang besar batu pahat)..huhuhu…
ape pun..yang berbeza di sisi Allah adalah tahap keimanan kite..bukan harta keturunan dan pangkat pun..itu yang paling utame
huhu...nice story bout out great anchestors..kalo tak diceritakan maka generasi yang seterusnya pasti takkan tahu...first time when i was told diz story by my mum i xcaye gak...rupe2nya bile dh jumpe orang2 yang disebut2 baru caye...funny la plak...
Monday, January 5
cOngRaTuLtIons!!
- aku mengenali erti sebenar KASIH SAYANG, KESETIAAN KEPERCAYAAN dari padamu ~ fairuz ridzman
- aku menyayangimu sahabatku..namun kini aku hanya melihatmu dan menyapamu..kerana hadirnya aku mencemar bahagiamu
- aku mencipta ruang buat diriku agar diri ini mampu menghela nafas menyaksikan dan mendengar segalanya
- aku meniti batas yang telah dibajai untuk mendapatkan buah kejayaan ~ IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN
- aku menyiapkan diriku memikul tanggungjawab yang baharu kelak
Dalam kemelut diri aku juga ingi berkongsi kegembiraan kepada semua...
- aku punyai sepupu yang baharu...sepupuku ~HANIZA sudah selamat diijabkabulkan pada 21 disember 2008..ternyata jurang ku dan dia sudah tercipta...aku harus biasakan diri kini sendiri...huhu..tak seperti dulu..terlalu sering bertukar cerita,cengeng bersama..tido juga kalo boleh mahu sebantal..jika ditanya perasaan ku ini aku tidak tahu sama ada aku lebih berat kepada gembira atau duka...namun yang nyata gugur 2 kali air mata yang ku tahan...dan kini aku tiada jawapan mengapa harus aku mengelak dan pergi jauh...aku kira aku tak boleh berdepannya...apa pun selamat datang EKRAM ELIAS...pintaku kau jaga surimu..doaku kalian bahagia selamanya..InsyaAllah!
- tanggal 30 disember 2008 lalu keputusan PMR telah keluar...kepada 3 orang sepupu ku tahniah di ucapkan...nyata sangat sukar bersaing di sekolah yang sama..melihatkan kalian teringat kembali saat2 yang aku dan haniza lalui...zaman tingkatan 2 & 3 paling sukar sekali...hehe! kepada ATIQAH, HASLINA & AMALINA tahniah di atas pencapaian cemerlang kalian..teruskanlh tradisi keluarga kita..seperi kata mak long...cucu tok Haron dan tok Kiah semua pandai2...
- tanggal 3 Januari 2009 menyaksikan sepupu ku yang satu ini dirisik jejaka pilihan keluarga...nama glamornya TRIPLE H ~ HAZREEN HANI HAMIDON..huhu..rasenya baru 2 minggu yang lalu ku berbisik kepadamu bila tiba giliranmu pasti aku pula akan sering dihujani persoalan2 stereotype..aku pasti keseorangan slps ni..huhu...teringat kata2 mu di penghujung pertemuan singkat kita..."dont be sad..." Apapun, aku menumpang bahagia..walau kau cube melindunginya, walau dalam kegugupan mu cuba menyiapkan diri melangkah ke fasa baru kelak aku tahu kai bahagia dan gembira...ku doakan dalam 3 bulan ini pastinya segalanya berjalan selancarnya..hati & minda mu pasti bergerak seiringan...
- malam 31 Disember 2008 pula berangkatnya pulang sepupu ku yang satu ini ~ FAIZ...kembali ke perantauan memenuhi tuntutan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa perubatan...moga pulangnya nanti membawa seorang lagi DR dalam keluarga ini...
- menjelang 9 Januari 2009 AZRI pula akan meninggalkan bumi Malaysia tercinta...sati lagi ahli keluarga yang pergi berjuang menambah ilmu di dada..semoga pemergianmu membawa pulang IR AZRI dari Germany...Kami di sini mendoakan kejayaanmu..amin!
Saturday, November 22
Tuesday, November 11
k.A.w.A.N @ L.A.W.a.N
"how r u?"
"akak dh makan?..ngan sape? naik pe?"
si anak patuh menjawab soalan ayahanda...sehinggalah sekali lagi si ayah bertanya
"balik dr hospital dengan siapa?"
"sorang...jln kaki.."
terkejut si ayah...bukan niat si anat mahu menyusahkan si ayah namun hidupnya tak mahu bergantung pada orang dan berharapkan ehsan atau kasihan orang..lalu si ayah berkata...
"now u learnt ur lesson in this life...kawan di waktu senang nak dicari di waktu susah semua pasti lari...membawa diri.."
di kejauhan si anak tersenyum pahit..benar belaka kata-kata ayah...maklumlah org terlebih dahulu merasa pahit manis hidup di dunia ini...
'KAWAN' aku pun tak mengerti ape ertinya perkataan itu...adakah perbezaan nya seorang 'SAHABAT', 'TEMAN AKRAB', TEMAN SEJATI' atau 'TEMAN'??? Andai sewaktu dahulu ku diberi pertanyaan itu pasti mudah untuk aku menjawab...tp kini bg aku semuanya sama...biarlah mereka hanya kawan dan tamat sebagai kawan selamanya...xakan sekali aku mengangkat sesiapa..cukup sekali aku membuat kesilapan...terlalu pahit untuk ditelan...baru ku tahu jangka waktu yang lama mengenali seseorang bukan ukuran keutuhan dan kejujuran...biarpun kadang kala kita meletakkan dia di tempat paling istimewa..biar pun kita merasakan dia mengerti...jangan alpa walau seandainya dia pernah hadir sebagai teman istimewa dan begitu mengenali kita...terlalu besar rasanya pengorbanan ini...ku pinta biarlah sisa terakhir episod hidup ini berakhir dengan mudahnya tanpa ku sedari....
Bila difikirkan kembali...ternyata aku yang tak pernah serik...bukanlah ini yang pertama kali namun biarlah ini yang terakhir...segala kenangan akan ku simpan...namun untuk ku beri kepercayaan, kejujuran...kerana seandainya berjanji ku kini sangsi kau mampu mengakui janjimu...
Nilai persahabatan terlalu besar bagi diri ku namun pengalaman ini mendewasakan ku...hanya seorang kawan sahaja mampu menegur dan menyatakan kebenaran di hadapan kita...berani bersemuka dan meluahkan apa silap ku, apa tingkah dan perlakuanku yang melukakan hatinya...namun sahabatku tak berbuat begitu..malah perlakuannya mengelirukan aku...megapa harus menyatakan sesuatu yang kau tak pasti peganganmu...ibarat ibu ketam mengajar anaknya berjalan...kerana itu aku terus alpa dan leka...aku sedar segalanya kini...aku tak mahu berjanji dengan sesiapa...cukup hanya diriku...akan ku perbaiki kekurangan diri...aku terima katamu...terima kasih kawan...
Saturday, November 1
cHaPtEr oF LiFe
wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMu
ku pasrahkan semua padaMu
tuhan baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintaMu
kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir dikidung doaku
sakit yang ku rasa
biar jadi penawar dosaku
butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini ya ilahi
muhasabah cintaku
tuhan kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku denganMu
Wednesday, October 29
i learnt my lesson!
dah lame aku xmenulis di blog ni..kesibukan diri membataskan ku untuk berbuat sedemikian..2-3 minngu kebelakangan ini terlalu payah rasenya untuk ku bernafas dengan tenang..satu persatu datang menduga..hingga adakalanya kewarasan akalku tewas dengan kerapuhan hati...Ya Allah besar sungguh kuasaMu..sekelip mata semuanya tiba hingga terasa bahu ini terlalu lemah untuk memikulnya...tatkala aku hampir mengalah dengan segalanya terngiang di halwa telinga kata2 seorang teman..."dugaan itu datang dari Illahi dan tidak DIA memberi padamu wahai teman seandainya DIA tahu kau xkan mampu menempuhinya.."
tika itu aku tengah memandu keretaku..meluncur 70 km/j bersama ayuni,faizan dan akma..kami dalam perjalanan ke pudu..sebelum memulakan perjalanan hatiku terasa kurang enak namun ku abaikan..terdetik di hati mengapa hari yang ku lalui dr pagi td rasenya seperti serba xkena...lebih menghairankan aku tidak pula memcut laju sepanjang Jalan Kuching tuh...biasenya pasti akan ku tekan minyak selaju2nya..namun hari itu tiada apa yang perlu dikejarkan atau tiada yang menanti..maka aku berkeputusan untuk drive slow n steady....sambil drive kami bersembang di dlm kereta...saga aeroback hitam terus meluncur sehingga kira2 100m menuju persimpangan jalan tun razak bila secara tiba2 kereta naza ria di hadapan ku tiba2 berhenti secara mengejut...
"nuai kereta depan brek...!!!!" itu kata faizan...
"aku dh tekan brek dh ni......arghhhhh!!!" seketika kemudian kedengaran tayar kereta ku terseret dan ...BANG...kami berlanggar..
"Ya Allah...Ya Allah..Ya Allah..."hanya itu kalimah yang keluar dr bibirku...seluruh tubuhku menggigil di kala itu...seketika kemuadian terdengar hon bertalu2 di belakang kereta kami...sejujurnya aku xtahu nak berbuat apa tika itu..
aku terdengar faizan berkata..."Astaghafirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..nuai move kereta ke tepi jalan.."
simpati ku melimpah ruah pada mereka yang di belakang...yuni dan akma membisu seribu kata...aku simpati melihat air muka yuni...die betul2 ketakutan..aku tahu ni pengalaman keduanya kemalangan...
di dalam kebingungan aku keliru dan xtak tahu mahu berbuat apa..ku cuba turuti arahan faizan namun gear gagal berfungsi...2-3 kali ku cuba tp gagal juga...bila ku lihat ke hadapan asap berkepul2 dari bonet kereta...kedengaran bunyi kaca dan plate JFS 49 ku hancur dimamah kereta berhampiran...bertambah seriau rasenya diriku...mahu saja tika itu aku menangis tp ku gagahi diri...aku harus bawa kereta ni ke tepi...itu kata hatiku...dalam kepayahan aku cube menolak stereng walau asap masih terus menutupi pandangan ku...setelah itu kami keluar dan tolak kereta ke bahu jalan...
Ya Allah...hanya Kau yang mengetahui di kala badan ku masih lagi mengigil , di sisi jalan raya dengan berdesup2 kereta meluncur aku menolak kereta ke tepi bersama mereka...aku hanya mampu berdoa keselamatan kami..tika itu terbayang wajah ayah dan ibuku...
Setelah tiba di bahu jalan pemandu naza ria keluar dari keretanya dan bertanya andai kami tercedera...dia kemudiannya meminta maaf kerana kereta di hadapannya brek secara mengejut..Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..ku kira pemandu itu keluar untuk menghamburkan kata2 kesat ...bukan bersangka buruk..tp itu kelazimannya...die kemudiannya mengenalkan dirinya..business card bertukar tangan...Wealth Advisor...rendah budi insan ini...dia menawarkan kami bantuan..Aku memanjat kesyukuran kesemua kami selamat...malah kereta yang ku langgar juga hanya retak di bahagian bumpernya...malah si pemandu tadi bertanya seandainya aku mahu membuat police report...
Keempat-empat kami duduk di bahu jalan masih dalam keadaan terkejut..aku cube mengingati kembali ape yang terjadi dan mengutip sisa kekuatan yang ade...ku toleh ke sisi..sayu hatiku melihat mereka bertiga...terpancar rasa bersalah dan sisa ketakutan di wajah mereka..
di dalam hati ku berkata..."Maafkan aku wahai teman..."
